Hotel Davos Switzerland

Glam Deko (Malaysia) - - Seni Bina -

Digambarkan sebagai “unbuildable”, Hotel Davos Switzerland begitu menakjubkan, dengan struktur seni bina seperti sarang burung di pergunungan Alps. Kumpulan arkitek yang berpangkalan di Munich; Oikos Arkitek menggunakan 62,000 kepingan untuk menyempurnakan struktur melengkung bahagian luar yang unik. Berada di bawah jenama hotel terkemuka dunia, InterContinental ® Hotels Group ( IHG) menawarkan pemandangan pergunungan Grison dengan reka bentuk kontemporari berserta panorama mengagumkan. Keunikan seni bina hotel ini menonjolkan bangunan berbentuk bujur yang disempurnakan oleh 790 elemen keluli berwarna emas untuk memberikan efek pada bahagian hadapan bangunan. Lebih istimewa, hotel yang menawarkan 216 ruang penginapan termasuk suite, bersatu bersama lanskap semulajadi dan mengintegrasikan dunia Swiss Alpine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.