Hotel Marques Sepanyol

Glam Deko (Malaysia) - - Seni Bina -

Direka dan dibina oleh Frank O. Gehry, antara arkitek yang paling terkenal di dunia dan pencipta karya- karya tersohor seni seperti Muzium Guggenheim di Bilbao, The Hotel Marqués de Riscal, rangkaian hotel mewah ini mencipta tumpuan dengan seni bina berbentuk avant- garde melalui jalinan bentuk, warna dan material yang digunakan. Keindahan tertumpu pada rekaan hebat bumbung berkeluk menggunakan bumbung titanium dan dinding asimetri memberi kontras yang elegan untuk bilik wain bawah tanah yang menyimpan pelbagai tinggalan sejarah yang direka pada tahun 1858 oleh arkitek Ricardo Bellsola ketika itu. 43 buah ruang hotel mewah dan suite, setiap satunya unik dan berbeza dalam bentuk dan panorama yang dihidangkan, turut dihubungkan dalam dua buah jambatan tergantung yang menakjubkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.