Tierra Patagonia Amerika Selatan

Glam Deko (Malaysia) - - Seni Bina -

warm cozy

Gabungan sumber natural dan pemandangan taman negara Torres del Paine, hotel mewah Tierra Patagonia hadir memukau. Dibina daripada kayu Lenga native, hotel yang menawarkan sejumlah 40 ruang penginapan membawa sentuhan Scandinavia ke Chile. Tierra Patagonia Hotel & Spa terletak di Amerika Selatan berhampiran tasik Sarmiento ini terlihat seolah- olah tenggelam dalam landskap dan tiba- tiba muncul dari lereng bukit. Seni bina hotel ini telah memenangi anugerah khas kerana melengkapi aliran geologi di lokasi yang istimewa ini selain mempamerkan pemandangan Taman Negara Torres del Paine, yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Biosfera UNESCO pada tahun 1978.

Rekaan dalaman menyaksikan dominasi bahan kayu yang menyuntik suasana

dan berlatar belakangkan taman negara Patagonian. Intipati hiasan dalaman menggabungkan perabot dan tekstil oleh karyawan Chile, penyatuan bahan- bahan semula jadi, hasil kerja berkualiti tinggi oleh artisan Tehuelche. Berkonsepkan kasual dan mesra, ruang yang berbeza yang dicipta oleh pereka menyediakan tetamu dengan keselesaan ruang untuk bersantai sambil beramah mesra dan mengenali satu sama lain atau mencari sudut tenang untuk menyendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.