KOMPLEKS TEROWONG

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Firma seni bina Itali, Fuksas Studio mendedahkan imej lengkap kompleks muzik dan teater baru di ibu negara georgian, Tbilisi. Sedang dalam proses pembinaan, bangunan ini terdiri daripada dua arca tiub keluli yang membawa ke landskap hijau bersebelahan. Persembahan teater muzikal dipertontonkan di dewan pameran atau auditorium 566 tempat duduk dilengkapi kafeteria, stor dan bilik teknikal. Reka bentuk terowong tiub berfungsi sebagai periskop bandar yang menghala ke selatan, terus menghadap pemandangan sungai dan bandar kecil bersejarah di luar.

Menzahirkan identiti, integriti reka bentuk Danish, Denmark; minimalis kehidupan, cahaya Nordic, air bersih dan udara segar, semua ini terpamer megah pada setiap sentuhan aksesori jenama Georg Jensen. Rekaan pasu, kaki lilin, kelalang air, mangkuk hiasan dicipta berunsurkan demokratik yakni gabungan fungsi dan keindahan seni reka bentuk. Georg Jensen di bawah naungan Studio 216, The Gardens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.