Mercu Seni Moden Indonesia

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Dibina di luar pusat bandar di daerah Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Muzium Seni Kontemporari di Nusantara ( MACAN) bakal menjadi mercu seni bina di kota Jakarta. Pelan reka bentuk menunjukkan muzium ini akan memiliki lebih 20,000 kaki persegi, galeri pameran, termasuk kawasan lapang untuk tampungan ruang lebih besar. Satu lagi elemen penting, taman arca tertutup seluas 5, 000 kaki persegi, diapit oleh empat tingkap gerbang dari lantai ke siling. Dijangka siap menjelang 2017, projek mega ini digalas oleh firma seni bina tersohor, MET Studio Design, manakala dibiayai sepenuhnya oleh ahli perniagaan Indonesia, Haryanto Adikoesoemo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.