KEPOMPONG ORGANIK

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Mengaplikasikan teknik pertukangan kayu tradisional, butik kecantikan Aesop kedua di Oslo, Norway mendiami aras bawah, bangunan fungsionalis pangsapuri tahun 1940- an. Berkeluasan 63 meter persegi, interior butik dikuasai bahan kayu oak yang ditonjolkan dalam teknik kerja kayu tradisional ‘ intarsia’ – menghasilkan corak geometri 3D. Keserasian oak dan butiran tembaga pada sinki mencetus suasana butik mesra dan tenang. Butik ini adalah cawangan Aesop keenam yang direka oleh firma Snøhetta termasuk di Berlin dan Singapura.

Alami tidur lebih bermakna sambil memulihkan tubuh, dengan teknologi tilam Vono, siri Ergobed Blue yang mampu memberi sokongan ideal pada 7 zon tubuh untuk penjagaan tulang belakang optimum. Rekaan ergonomik tilam Ergobed daripada lateks dan teknologi fabrik SaniGuardTM, dirumus menghalang pembiakan debu hama dan alahan, mencipta tidur lebih selesa dan bersih. Sistem spring Pocketed Intalok 1200; dawai keluli tegangan tinggi yang ditenun dalam corak interlock memberikan sokongan lebih teguh dan menyerap pergerakan badan. Vono turut melancarkan trak biru Vono sebagai ruang pamer bergerak untuk menjelajah seluruh negara bermula Mei lalu sehingga akhir Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.