Darmawisata Avant Garde

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Mei lalu, hotel W Dubai – Al Habtoor City di Sheikh Zayed Road naungan Starwood Hotels and Resorts mula beroperasi secara rasmi. Terletak di dalam bandar Al Gabtoor, hotel mewah ini memberi akses liburan dalam kepungan fesyen, muzik dan hiburan. Setinggi 33 tingkat, daftar masuk bilik dilangsungkan di W Lounge, aras 30. Sebanyak 365 bilik dan suite dibina berilhamkan lokasi hotel penuh tenaga, cerminan irama sosial di bandar yakni Sheikh Zayed Road Dubai. Firma Singapura, Silverfox Studios bertanggungjawab mereka bentuk keseluruhan wajah hotel W Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.