ELEMEN

Kuntuman bunga Ceri, Cherry Blossoms atau Sakura dalam bahasa Jepun, mula bermekaran di sekitar akhir Mac sehingga pertengahan April; menandakan musim bunga saban tahun di Jepun. Keindahan kuntuman elegan ini kerap diabadikan dalam seni karya Jepun, manga

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Romantis Sakura atau Cherry Blossoms inspirasi musim bunga.

1. Panel kayu dengan kemasan cat gaya rustik disudahi cetakan corak rimbunan pepohon sakura. 2. Aksesori cincin bunga emas rekaan Shaun Leane. Ada di at AstleyClarke. com. 3. Sarung bantal Morello Blossom Oxford ditenun daripada kiraan 230 benang kapas untuk lena bagaikan puteri. Ada di amara. com. 4. Sudahi penampilan musim panasmu menerusi beg brocade bertali, Sugar daripada rumah fesyen Lanvin. 5. Dulang sandwic koleksi Cuckoo, Wedgwood mengembalikan kegemilangan corak Oriental abad ke- 19. Wegwood di BSC. 6. Kabinet China, koleksi Kyro ditatahi ukiran emas bunga sakura di kedua- dua daun pintu. Ada di johnlewis. com 7. Set pinggan mangkuk 5 keping, Spring Blossom, Wedgwood meraikan keindahan musim bunga di bumi matahari terbit, Jepun. 8. Akhiri hari sukar mu dengan apungan romantis lilin wangi, Cherry Blossom ramuan Heritage in Frangrance.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.