DESTINASI

Rekaan minimalis dalam gaya terkini menjadikan seleksi perabot lebih mudah disuai padan. Mainan warna pastel dan kemasan kayu natural menyeri ruang

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Laurea Home Furnishings mengkhususkan pada seni bina dan seni hias dalaman untuk residensi dan pusat komersial. Pembekal fabrik berkualiti dan terpilih, Acacia kini beroperasi di Taman Keramat AU, Kuala Lumpur. Miele melebarkan legasi perniagaan kepada penciptaan peralatan elektronik domestik. Pembukaan ruang pamer perabot berciri Scandinavian penuh berkarakater; Nostaloft di Oval Damansara.

APA? Gaya Scandinavian yang segar dan mendamaikan ternyata memikat cita rasa ramai anak muda dewasa ini. Mainan palet suram dan samar menjadikan ia suai padan terbaik berbalas ambien ruang dalam palitan segar putih. Nostaloft kini menawarkan seleksi perabot dengan rekaan penuh gaya artistik namun tetap praktikal dan selesa digunakan. YANG ISTIMEWA Memilih untuk memenuhi cita rasa urban, perabot yang ditawarkan jenama ini ideal untuk kediaman dengan keluasan terhad seperti apartmen dan kondominium. Namun begitu ia kekal serasi jika anda mendiami kediaman dengan penataan dan konsep yang bersesuaian saiz ruang. Percaya bahawa ruang tidak hanya perlu indah dan praktikal, ia juga memastikan seleksi perabot yang ditawarkan berkualiti dan tahan lama. DI MANA Memulakan perniagaan dengan platform atas talian, jenama ini kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan ruang pamernya yang terletak di Oval Damansara. Lakukan temu janji anda dan nikmatilah sendiri pengalaman bersama perabot yang menampilkan identiti tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.