ANTIK METROPOLITAN

Pertembungan elemen moden dan antik teradun seimbang secara semulajadi. Percikan warna merah saga menyuntik sensasi malar segar di unit kondominium milik sang arjuna kota

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

“Tidak sukakan sesuatu yang kompleks, saya mahu semuanya berada dalam keadaan boleh dilihat.” Ramesh Subramaniam

lantai simen dengan kemasan exopy. Lebih praktikal dan tidak memerlukan penjagaan rapi berbanding lantai kayu ini yang bersifat sensitif dan mudah calar.”

ANEKA ELEMEN Tidak patuh hanya pada satu konsep dekorasi, Ramesh berani bereksperimen dengan ajnas jenis reka bentuk perabot dan aksesori; sama ada moden mahupun antik. Di kamar tamu, pemilik memperagakan sofa berpotongan lurus moden daripada Bo Concept berpadanan sepasang bangku anyaman merah. Meja konsol oriental antik diatur bersebelahan ruang tamu diperoleh di butik perabot antik di Jalan 222, Petaling Jaya antara koleksi antik terbaru miliknya. Beritahu Ramesh, dia tidak mahu menetapkan satu konsep spesifik kerana mahukan kebebasan. “Lagipula, kembara membawa saya melihat lebih banyak budaya, sejarah dan karya seni unik. Apabila pulang, saya membawa sekali cebisan memori indah sama ada aksesori, lukisan, kraf tangan untuk kediaman. Tiada yang spesifik kerana selalunya terjadi secara natural,” kata Ramesh.

MODEN ANTIK Simetri lurus perabot moden bijak diseimbangkan bersama padanan beberapa unit perabot antik Oriental. Pemilik tidak mengehadkan pemilihan perabot di kediamannya pada satu- satu jenama. “It’s all about mix and match. Campuran reka bentuk moden dan antik menyuntik sensasi berbeza buat saya yang menggemari sesuatu yang unik dan tersendiri,” jelas Ramesh. Buat seleksi perabot moden, Ramesh banyak memilih daripada jenama Modern Primitive dan Bo Concept atas dasar reka bentuk dan praktikaliti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.