AURA MEWAH

Suai padan kemasan dan mainan warna menjadi pertaruhan dalam menciptakan sebuah mahligai indah milik Datin Norazian Ismail. Pilihan pereka hiasan dalaman menjadi teras buat menyempurnakan wajah kediaman

Glam Deko (Malaysia) - - Content - Penyelaras SUHANA DESA Teks SHAHRIL HADI HALIM Arahan seni & Penata Gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar WAN IZHAR/ ODS

“Selepas perbincangan bersama pereka, dia menyakinkan saya bahawa konsep inilah yang terbaik mengikut gaya dann saiz kediaman.” Datin Norazian Ismailmail

“PADA PERINGKAT AWAL MEREKA HANYA BERCADANG UNTUK MELENGKAPKAN WAJAH HIASAN DALAMAN”

Lokasi Kajang Heights sememangnya terkenal sebagai perumahan eksklusif dan menjadi pilihan beberapa selebriti dan pemilik yang mahukan privasi buat hartanah mereka. Tidak terkecuali buat Azian, yang sebelum ini menetap di Bangi, memilih untuk mendapatkan sebuah kediaman di sini. Usai proses pembelian, suami memilih untuk memberikan pilihan kepada Azian untuk merealisasikan wajah kediaman barunya ini. Untuk itu pemilik sememangnya bertekad memilih khidmat rundingan hiasan dalaman agar wajah kediaman terlihat lebih sempurna dan teratur.

Biarpun begitu pada peringkat awal Azian tidak menetapkan konsep khusus yang ingin di terapkan di kediaman ini. Lantas dia memlih untuk mencari inspirasi melalui helaian majalah dan melalui medium alternatif lain. Ternyata pilihan yang diambil ini menemukan Azian dengan Siti Hawa Ismail, yang juga pemilik dan pereka hias dalaman Laurea Home Furnishing.

Pereka Dalaman Pilihan “Secara amnya, tatkala terlihat sentuhan hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh Siti untuk projek- projeknya yang terdahulu, saya rasa terpikat untuk memilih dia dalam menyempurnakan wajah kediaman ini. Setelah berjanji temu, terlintas pula sama ada mahu mengaplikasi gaya moden atau moden klasik untuk penataan ruang kediaman. Selepas perbincangan bersama pereka, dia menyakinkan saya bahawa konsep inilah yang terbaik mengikut gaya dan saiz kediaman,” jelas Azian sambil membawa penulis meninjau keseluruhan ruang.

“Konsep sebegini sememangnya sinonim dengan kebanyakan rumah rekaan saya. Oleh kerana saya sendiri meminati gaya sebegini, saya begitu bersungguhsungguh untuk memastikan hasilnya seperti yang saya

bayangkan. Hampir kesemua yang ada di kediaman ini merupakan pilihan dan keputusan akhir yang dilakukan oleh saya. Ada juga beberapa projek yang sebelum ini saya tukar kemasan dan pilihan material berbeza kerana merasakan ia tidak menepati cita rasa dan pandangan mata saya sendiri. Tambahan pula pemiliknya tidak terlalu cerewet dengan pemilihan yang saya buat. Mereka lebih mudah bersetuju apabila saya usulkan sesuatu yang bersesuaian,” celah Siti Hawa ketika kami berbicara.

Ubah Suai Tambahan “Pada peringkat awal mereka hanya bercadang untuk melengkapkan wajah hiasan dalaman, namun ketika lawatan tapak kali pertama saya sebenarnya dapat melihat beberapa lagi penambahan yang perlu dibuat agar ruang yang ada dapat dimaksimakan sepenuhnya. Contohnya seperti ruang tambahan di pinggir kamar tamu, terdapat binaan tiang seri yang merupakan strutur asas kediaman. Disebabkan ia tidak boleh diubah, saya

“BERJAYA MEREKA PINTU GELANGSAR YANG TERLIHAT ELEGAN DAN MENARIK DENAG PENGGUNAN MOTIF ARABESQUE”

memilih untuk menambahkan elemen kosmetik dengan penggunaan cornice pada kawasan itu. Seperti yang anda sedia maklum, saya juga begitu menggemari penggunaan hiasan dinding seperti wainscotting untuk membangkit rasa mewah pada kediaman. Elemen ini sememangnya wajib dalam setiap projek di bawah kendalian saya, namun ia turut bergantung pada kesesuaiannya. Turut ditambah adalah ruang duduk yang terletak di antara ruang makan dan ruang tamu. Asalnya ia merupakan ruang laman tambahan, tapi kami merasakan lebih praktikal direka sebagai ruang dalaman kerana ia menjadikan keseluruhan ruang lebih selesa dan luas,” tambah Siti lagi.

Menurut Azian, asalnya terdapat sedikit salah faham tentang ruang ini. Pada saat mereka sedang berbalas pesanan ringkas, Siti ada menyebut untuk membuang pintu gelangsar. “Lantas saya memberikan persetujuan kerana menyangkakan dia merujuk pada pintu yang terletak bersebelahan ruang tamu. Namun apabila tiba ke kediaman ini saya terkejut dengan perubahan ruang ini yang direka sebagai ruang bacaan. Ternyata Siti berjaya

mereka pintu gelangsar yang terlihat elegan dan menarik dengan penggunaan motif arabesque. Malah ia memberikan lebih privasi di ruang makan untuk merai kunjungan tetamu yang menikmati hidangan.”

Dapur Praktikal Ketika sibuk menyaksikan penggambaran Azian terpaksa mengundurkan diri untuk menyelesaikan sebahagian lagi urusan hariannya. Usai mengucapkan salam dan berterima kasih di atas kesudiannya, saya mencuri sedikit lagi masa Siti Hawa sambil kaki melangkah mengunjur ke ruang dapur kediaman. Ternyata terapan gaya moden ala industrial dengan mainan palet kelabu memberikan efek berbeza namun masih serasi dengan penataan keseluruhan ruang kediaman.

Tambah Siti, “Ruang ini juga diubah saiz dan keluasan agar lebih selesa. Sebelum ini ruang dapur kering dan basah berkongsi pelan lantai yang sama. Untuk menaikkan seri ruang, saya mahu meletakkan dapur berpulau yang bersekali kaunter untuk memudahkan proses bekerja di dapur kering ini. Bukan itu sahaja, saya turut membantu Azian dalam memilih perkakasan yang bersesuaian agar tidak terlihat janggal. Jubin ini merupakan dilema yang paling lama saya hadapi. Oleh kerana kemasannya yang kelihatan seperti simen raw dan menjadi trend masa kini, pemilik sedikit keberatan untuk menerima kemasan sebegini. Namun saya berjaya meyakinkan mereka bahawa hasilnya pasti berbeza dan tidak menghampakan.”

Saya turut naik ke atas meninjau- ninjau gaya dekorasi kamar beradu. Ternyata setiap satunya mempunyai pilihan palet warna tersendiri dengan gaya hiasan yang bersesuaian. Ternyata dengan wajah dekorasi seindah ini, pilihan gaya yang diterapkan membiaskan mahligai mewah yang menampilkan cita rasa tersendiri.

Rona tanah mendominasi pemilihan perabot dengan disulamkan perincian keemasan. Halaman Sebelah Motif arabesque menghias pintu gelangsar yang membezakan fungsi ruang bacaan dengan ruang makan. Tekstur dan paten menjadi pilihan untuk menemani sofa yang berbalut fabrik polos.

Set minum petang jenama Noritake menjadi pilihan pemilik kediaman untuk mahligai terbarunya ini. Datiin Norazian Ismail santai bergaya di ruang duduk. Curahan palet biru gelap membangkit rasa mewah di ruang keluarga. HALAMAN SEBELAH Ubah suai yang dilakukan mewujudkan satu ruang tambahan untuk ruang tamu yang lebih selesa.

Kamar beradu utama sarat bermain paten yang diseragamkan dengan ilham gaya Inggeris. Ruang persalinan ringkas dalam curahan putih bertemu cermin mencipta elegan pada ruang. HALAMAN SEBELAH Tema chinoiserie jelas terpancar denagn pemilihan kertas dinding dan di serasikan bersama katil ala provencal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.