JURNAL

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Kembara Asia, pertaruhan karya kontemporari garapan Art Stage Singapore.

Empat hari kelompok pencinta seni sekitar Asia berkampung untuk menikmati pertaruhan karya kontemporari garapan Art Stage Singapore yang berlangsung sekitar Singapore Design Week Januari 10, 2017 Sullivan + Strumpf Gallery

Galeri ini memulakan operasinya di Australia dan kini membuka cawangan di Singapura. Artis yang mempamerkan karya sempena acara Art Stage kali ini adalah Sam Jinks dengan mempertaruhkan koleksi yang dinamakan sebagai Immortality Project 1. Karyanya menjurus kepada penghasilan arca yang kelihatan seakan manusia sebenar. Namun untuk lari dari terlihat sebagai hanya sekadar ukiran berupa manusia, dan menyuntik elemen simbolik kepada setiap penghasilannya. Memilih karya Ernest Becker yang dihasilkan pada tahun 1973, bertajuk The Denial of Death sebagai inspirasi utama. Joseph Balestier Award For Freedom of Award Antara acara utama saat berlangsungnya Art Stage Singapore adalah penganugerahan Joseph Ballastier Award buat penerima yang telah memperjuangkan hasil seni khusus kepada mereka yang bergiat di Asia Tenggara. Majlis penyampaian kali ini berlangsung di Kediaman Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan menawarkan hadiah bernilai US$ 15,000. Anugerah ini memberi penghargaan kepada artis ataupun kurator dari rantau Asia Tenggara yang secara aktif komited kepada idea kebebasan dalam menyuarakan pendapat khususnya dalam penghasilan karya seni dan berjuang ke arah ini secara konsisten. Ternyata tuah menyebelahi finalis tunggal lelaki yakni Aye Ko dari Myanmar yang kebetulan merupakan calon akhir kali ketiga untuk anugerah ini. Lebih menarik lagi, wang kemenangan ini menurutnya akan digunakan untuk membuka institusi pendidikan seni untuk anak- anak Myanmar yang berminat ke arah ini.

Januari 11, 2017

Pearl Lam Galleries Lokasi Gillman Barracks Pameran oleh artis, Zu Jinshi merupakan pameran bersiri yang diletakkan di dua galeri berbeza namun di bawah naungan yang sama. Mengangkat tema Presence of Whiteness, pameran pertama menampilkan rangkaian karya yang membawa nostalgia kepada perjalanan seni buat artis ini. Melihatkan kembali kepada penghujung tahun 1970an di Beijing, gelombang perindustrian mula menular dan dalam masa yang sama memberi kemudahan kepada rakyatnya berbanding sekatan dan gelombang politik yang tidak menentu. Antara tarikan yang menarik sejurus memasuki ruang pemeran adalah penampilan lima kanvas yang dicurahkan cat hitam dengan ketebalan mencecah lima sentimeter dengan berat sehingga 250 kilogram. Lebih menarik dengan sentuhan dinding bersebelahan diletakkan manuskrip temu bual di antara bersama salah seorang editor dari China. Lokasi Dempsey Hills Bahagian kedua pameran oleh artis ini membawakan permainan warna dan tekstur yang memperjelaskan kerumitan teknik dalam penghasilan karya seninya. Beberapa lukisan mempunyai pengaruh alam semulajadi seperti flora dan fauna. Memetik kata artis ini, “Apabila ‘ putih’ pulang pada objek melalui medium lukisan, lalu jadilah ‘ putih’sepatutnya berbentuk objek berbanding sebuah lukisan. Memilih untuk penggunaan teknik tiga dimensi melalui penggunaan cat yang tebal, penghasilan karya sebegini menuntut kesabaran dan kebijaksanaan. Selain daripada itu, ia menggunakan pisau palet yang ditempah khas. Sedikit mengenai Zhu Jinshi, artis ini dilahirkan di Beijing, China pada tahun 1954 dan terkenal sebagai pelopor kepada seni abstrak dan seni instalasi di tanah tumpahnya sendiri. Memulakan kerjaya sebagai artis sekitar tahun 70an, pada tahun 1986 dia berpindah ke Berlin untuk berkarya namun masih kembali berulang alik di antara Beijing dan Berlin sehingga tahun 2010 yang mana dia memilih untuk menetap secara sepenuhnya di bumi kelahirannya. Konferens Media Lokasi Marina Bay Sands Buat pertama kalinya kami akan dibawa melihat sendiri ruang pamer yang telah dipersiapkan sempena pembukaan hari pertama acara Art Stage Singapore yang kini mencecah tahun ketujuh penganjurannya. Sebelum pintu dewan dibuka, kami dibawa ke sidang akhbar untuk pelancaran acara ini. Diadakan ruang khusus yakni lounge Media buat delegasi yang membuat liputan untuk acara ini. Saya sempat berbicara sebentar bersama Lorenzo Rudolf yang merupakan Pengasas dan juga Presiden buat acara ini. Menurutnya, penganjuran kali ini mempunyai serampang dua mata yakni tidak hanya berkongsi mengenai penghasilan karya seni, ia turut bertujuan mengangkat karya seni yang dihasilkan di Asia Tengggara ke aras yang lebih tinggi. “Singapura mempunyai pelbagai pameran seni, galeri seni, muzium yang datang dan pergi sepanjang penganjuran Art Stage namun kami masih kekal di sini. Selamat datang ke edisi ketujuh acara Art Stage Singapore. Acara ini sejak pertama kali diperkenalkan sudah pun mempunyai tujuan, identiti dan konsep penganjuran yang jelas. Sedari awal lagi kami menetapkan untuk menjadi acara bertaraf antarabangsa. Ia bagaikan jambatan antara Singapura dan dunia dalam industri seni kontemporari. Apa yang lebih istimewa buat acara ini adalah kami juga menjadi pameran seni buat Asia itu sendiri,” kongsi Rudolf pada ucapan pembukaannya.

Januari 12,2017

Singapore Biennale Acara Art Stage ini turut menjadi sebahagian daripada acara Singapore Design Week. Untuk hari ini acara yang dikhususkan yang dinamakan sebagai Singapore Biennale. Dengan mengangkat tema Atlas of Mirrors, acara yang berlangsung untuk kali kelima ini menggabungkan pameran seni kontemporari dari pelbagai medium. Terbahagi kepada beberapa zon pameran di SAM ini sendiri setiap satu dari karya ini mempunyai keunikkan dan cerita tersendiri. Pilihan saya antaranya karya seorang artis Malaysia, Sharmiza Abu Hassan yang bertajuk The Covenant ataupun Perjanjian. Terdapat banyak instalasi dan karya seni yang mempunyai kesinambungan tersendiri kepada masyarakat Asia secara amnya juga pada rakyat Singapura khususnya. Art Stage Singapore Lokasi Marina Bay Sands Petang ini saya mengkhususkan diri untuk melihat ruang baru yang diperkenalkan untuk penganjuran Art Stage kali ini. Dinamakan sebagai The Collector’s Stage exhibition menampilkan koleksi milik peribadi oleh para peminat karya seni berkongsi bersama para pengunjung dalam menilai karya seni melalui interpretasi dan tafsiran mata mereka. Saya bernasib baik kerena ketika saya sedang ralit menikmati karya yang dipamerkan, seseorang datang menegur saya dan bertanya adakah saya berminat dengan apa yang dipamerkan. Kebetulan dia merupakan seorang daripada pengumpul yang diberi peluang berkongsi koleksi miliknya di sini. Hadi Ang mengatakan bahawa dia sememangnya menjadi curator kepada koleksi miliknya. Antara persamaan yang boleh dilihat, dari koleksi yang dimilikinya ia mempunyai unsur kayu dalam penghasilannya. Lebih menarik lagi terdapat sebuah instalasi yang menampilkan mainan bunyi dan penataan cahaya dengan rupa bak sebuah almari yang menggambarkan konflik di antara baik dan jahat. Bennese Prize Lokasi Singapore Art Museum Jika pagi tadi kami dibawa berjalan dan menikmati karya seni yang dipamerkan di bawah acara Sinapore Biennale, pada sebelah malam pula, kami berpeluang menantikan keputusan kepada acara ini. Anugerah Bennese ini merupakan kali ke 11 dilangsungkan dan kemenangan ternyata berpihak kepada artis yang berasal dari bumi gajah putih, Pannaphan Yodmanee. Karya yang menampilkan gabungan lukisan yang arca ternyata begitu rumit dan kompleks dan saya secara peribadi mengagumi gadis bertubuh kecil yang mampu menyiapkan karya indah ini. Lebih istimewa lagi, acara ini telah menganugerahkan Zulkifle Mahmood yang berasal dari Singapura di atas kebijaksaannya menghasilkan karya yang dinamakan SONICreflection.

Januari 13,2017

Singapore Art Museum Galeri Kebangsaan yang baru sahaja dibuka pada penghujung tahun 2015 ini dahulunya merupakan bangunan mahkamah agung Singapura dan bangunan majlis Bandaraya yang terletak bersebelahan. Memilih untuk menjadi hub kepada karya moden dan kontemporari, mereka tidak hanya mngkhususkan kepada hasil seni sentuhan artis berasal Singapura malahan mereka turut memiliki. beberapa karya artis teragung dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia. Hari ini kami dibawa menikmati pameran terkini yang menjadi kebangsaan galeri ini. Artist and Empire : ( En) countering Colonial Legacies merupakan sebuah pameran yang berlangsung dengan kerjasama Tate Gallery yang berpangkalan di kota London.

Aye Ko

Richard Streitmatter

Zulkiflie Mahmod Pannaphan Yodmanee Aftermath, 2016

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.