HARTANAH

Pembangunan hak milik kekal yang memanfaatkan lokasi mudah akses, reka bentuk mesra keluarga dan kemudahan mapan sedia ada

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

The Riyang – Membawakan konsep kediaman mesra keluarga.

The Riyang terletak di atas tanah hak milik kekal seluas 2.03 ekar dan merangkumi 212 unit kediaman eksklusif bersaiz antara 1,477 kps dan 1,884 kps, dengan satu unit dwi kunci seluas 2,798 kps. Kondominium ini, yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar ( NPK) RM251 juta, meliputi sebuah menara 35 tingkat dengan lapan unit kediaman di setiap tingkat dilengkapi dengan lima lif untuk mengurangkan masa menunggu.

“The Riyang direka cipta untuk mengutamakan konsep mesra keluarga. Keluasan setiap unit menyediakan persekitaran harmoni untuk kediaman dan keselesaan keluarga yang sedang membesar. Kami juga menyediakan kemudahan mesra kanak- kanak, golongan kurang upaya yang menggunakan kerusi roda, di samping mengekalkan disiplin reka bentuk untuk memastikan setiap ruang mempunyai fungsi sewajarnya. Kami memanfaatkan cahaya dan udara semula jadi malah amat prihatin terhadap setiap butiran reka bentuk kediaman yang memenuhi keperluan seisi keluarga,” terang Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Suntrack, James Tan.

Setiap unit direka dengan sekurangkurangnya tiga bilik tidur dan empat bilik mandi, ruang cucian dan

menyidai yang luas, bukaan siling tinggi untuk aliran udara dan cahaya semula jadi di semua bilik. Tambahan lagi, dapur kering dan basah menyediakan ruang memasak yang luas, manakala bilik tambahan untuk pembantu rumah mampu memberikan privasi tambahan bagi setiap ahli keluarga. Lebih istimewa, setiap unit diperuntukkan dengan dua hingga tiga ruang parkir kenderaan.

Memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, perincian unsur ‘ retro- moden’ dalam landskap dan kemudahan yang disediakan mencerminkan konsep The Riyang, yang bertujuan mencetuskan nostalgia indah zaman kanak- kanak. Contoh terbaik unsur ini ialah rumah pokok yang dikelilingi dengan hutan mini nan subur di pintu masuk, yang serta- merta mengimbau kembali kepada zaman kanak- kanak.

Suntrack telah mereka cipta The Riyang untuk menawarkan sesuatu untuk semua, berasaskan kefahamannya tentang gaya hidup dinamik keluarga moden. Bagi yang gemarkan aktiviti kecergasan, ruang gimnasium direka lengkap sambil menikmati pemandangan kolam renang. Bakal pemilik juga boleh memilih untuk bermain di gelanggang serba guna bola keranjang, badminton atau futsal. Selain daripada bilik permainan kanakkanak, The Riyang juga mempunyai taman permainan teduh yang menyediakan ruang permainan yang mengetengahkan ciri- ciri keselamatan selain melindungi penghuni cilik daripada sinar terik matahari dan hujan. Binaan dek podium pula membolehkan penghuni beristirehat di kolam renang tiga peringkat, yang terdiri daripada kolam infiniti dewasa, kolam sederhana dan kolam cetek. Demi mengutamakan keselamatan penghuni, Suntrack telah mereka bentuk kolam kanak- kanak dengan ketinggian 450mm dan ditempatkan pada jarak berjalan kaki dari kolam dewasa untuk mengelakkan anak kecil daripada terjatuh ke dalamnya. Bagi yang gemar merai tetamu,

Designer Sky Lounge yang terletak di tingkat 31 dikhususkan sebagai ruang menganjurkan majlis. Berlatarkan panorama langit ibu kota Kuala Lumpur yang indah, lounge ini menyediakan dek fungsi terbuka dilengkapi dengan bilik makanan dan kemudahan barbeku, sesuai untuk majlis kecil dan sederhana. Direka untuk keluarga generasi akan datang, ruang dan kemudahan sekitar The Riyang mesra kerusi roda dan kereta sorong bayi.

Keselamatan diutamakan di The Riyang dengan pintu masuk yang dikawal sepenuhnya. Kondominium ini juga direka bersifat mesra alam dengan ciri hijau yang merangkumi konsep reka bentuk, termasuk sistem penuaian air hujan, tingkap berlamina bagi mengurangkan peningkatan haba, dan juga unsur seni bina yang meningkatkan cahaya semula jadi dan pengaliran udara.

Terletak di lokasi strategik, The Riyang mudah diakses menerusi rangkaian lebuh raya dan jalan utama seperti Jalan Klang Lama, Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Seremban, Lebuh Raya Pantai Baru ( NPE) dan Lebuh Raya KL-Putrajaya Expressway ( Lebuhraya Maju). The Riyang terletak di Lot 1233, Jalan Gembira, Mukim Petaling, Kuala Lumpur dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.