REKAAN HEBAT

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Jaminan material kulit pelaburan terbaik dari Chesters Collection.

Material kulit merupakan pelaburan terbaik dalam menciptakan gaya yang malar segar. Sama ada untuk sofa mahupun kerusi, pilihan di Chesters Collection semestinya yang terbaik

Kerusi dan sofa yang baik sepatutnya mempunyai jangka hayat yang lama. Secara tidak langsung, ia bertindak seakan sebuah pelaburan dalam menciptakan kediaman yang indah. Saya pernah menemu ramah pakar hiasan dalaman terkenal Amerika, Nate Berkus yang mengatakan pelaburan paling berbaloi adalah dengan mendapatkan sofa yang terbaik. Biarpun apa gaya yang cuba anda terapkan di kediaman, pertimbangkan kerusi dan sofa berasaskan kulit kerana ia mampu bersama anda untuk satu tempoh masa yang lama. Apa yang perlu anda perhalusi pabila memilih sofa dan kerusi yang berasaskan kulit? Di sini saya kongsikan beberapa elemen yang patut ada dalam pertimbangan anda.

Kerangka yang baik penting untuk memastikan sofa dan kerusi pilihan anda ini mempunyai jangka hayat yang panjang. Apabila ia mempunyai binaan yang kukuh, secara tidak langsung ia bersifat tahan lasak dan praktikal untuk kegunaan seharian. Khususnya untuk kediaman yang mempunyai anak kecil, kadang kala mereka sedikit lasak tatkala bermain, dengan ini anda tidak perlu khuatir atau risau, baik untuk kerusi anda mahupun keselamatan si kecil. Lebih penting lagi adalah pilihan kulit yang membaluti sofa dan kerusi anda. Mengapa anda perlu memilih yang terbaik? Kulit merupakan bahan semulajadi dan mempunyai karakternya tersendiri. Kulit yang baik menjadi lebih cantik dengan kekerapan penggunaan lantas ia merentasi jumlah masa yang panjang. Kepentingan lain adalah isu keselamatan, semestinya kulit yang dibawakan oleh jenama yang bagus menerima perawatan terbaik namun turut disahkan selamat untuk penggunaan sama ada untuk kegunaan komersil mahupun kediaman.

Seleksi yang dibawakan oleh Chesters Collection sememangnya memberikan perabot terbaik dengan gaya yang tersendiri. Sofa TOM di bawah jenama Willi Schillig olahan Anke Reuter antara koleksi terbaru ditawarkan di sini. Ia pilihan tepat untuk ruang yang dikhususkan buat bersantai kerana ia direka dengan fungsi tempat yang bersifat boleh laras mengikut kesesuaian anda sama ada ketika menonton mahupun menyelesaikan kerja seharian. Jika sofa bukan pilihan anda pada masa ini, kerusi Mademoiselle yang direka oleh Jan Armgardt, juga dari jenama sama menterjemahkan idea sofistikated dengan penggunaan kaki berputar dengan dasar yang lebar untuk rekaan lebih kukuh. Ia turut dilengkapi tempat sandar yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Willi Schillig merupakan jenama terkenal yang berasal dari negara Jerman dengan keupayaan teknologi yang diyakini.

SOFA TOM

KERUSI MADEMOISELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.