SAJIAN

Glam Deko (Malaysia) - - Content - Penyelaras SUHANA DESA Teks NADIA ZOLKIFLI Konsep & Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN Gambar PATRICK CHAN Video DENNIS KHO

Momen raya dengan sajian tradisi pilihan Dato’ Aliff Syukri dan isteri.

Soroti kenangan terindah kehidupan kampung pengasas jenama kosmetik tempatan, D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri bersama isteri, Datin Shahida di sanggar persinggahan dalam kepungan oasis rimba.

Tanah belantara seluas 2 ekar menjadi tapak sarang persinggahan, keluarga hartawan muda, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman bersama isteri, Datin Shahida Mohd Rashid. Nada siulan burung- burung berterbangan disulami deruan air anak sungai membuai perasaan damai. Tanah ini terbina vila persendirian, vila homestay, kolam renang, ladang kambing, kolam ikan dan kebun buah- buahan. “Membesar dalam suasana kampung di Sabak Bernam, saya impikan sebuah rumah kampung yang berhampiran bandar. Lagipula, saya mahu anak- anak merasai hirupan udara segar, mandi sungai dan bebas bermain berkeliaran dikelilingi kehijauan,” bicara Aliff.

Berlokasi di Sungai Buloh, Aliff mengatakan tanah yang dibeli dengan nilai RM3.5 juta ini berstatus bebas pegangan, selain strategik berhampiran dengan rumah induk lama di Damansara, Wisma D’Herbs di Kota Damansara serta kelab golf dan hospital.

KEHIDUPAN KEDUA

Vila persendirian dibina secara organik berpaksikan rangka rumah lama yang sudah tersergam mencecah 25 tahun. Blok dinding yang mengelilingi rumah, diruntuhkan agar pandangan mata bisa pergi lebih jauh menikmati saujana menghijau. Ruang duduk- duduk diatur kemas di sepanjang teres luar menghadap kolam renang.

Tambah Aliff lagi, “Setiap pagi, selepas pulang dari gim, saya menikmati sarapan di teres sambil mendengar irama alam dan melihat panorama serba hijau tanpa gangguan. Aturan beberapa set kerusi dan meja kayu di sepanjang teres ini juga kerana saya tidak suka makan di dalam rumah.”

Mengetengahkan campuran konsep Melayu, Bali dan moden, vila ini menggunakan hampir kesemua bahan binaan, kemasan dan perabot terpakai dan kitar semula. Cerita Aliff, “Saya tidak banyak berhabis untuk keseluruhan dekorasi vila. Dalam lingkungan RM80,000 sahaja, kerana perabot kebanyakkannya saya beli di mudah. my dan hasil lelongan hotel lama. Begitu juga dengan kemasan jubin dan aksesori kayu- kayan yang ada, semuanya daripada bahan kitar semula. Jika dilihat teliti, kemasan yang ada tidak kelihatan sama atau standard.”

Berinspirasikan percutian di resort mewah, segala susun atur dan perancangan landskap juga dikendalikan sendiri oleh penghuni tanpa khidmat pakar. “Vila ini

Tidak pula, setiap tahun kami menukar perabot. Cukup sekadar bertukar reka letak.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.