Muram elegan

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Kusyen merupakan penghias terbaik untuk merubah wajah ruang tamu. Rangkaian terbaru di bawah jenama ROMO, Black Edition mengangkat gaya kontemporari elegan sebagai gaya utama. Ia diserikan lagi elemen edgy melalui permainan warna dan teksturnya. Dengan 46 rekaan kesemuanya, setiap satu dari kusyen ini memancarkan efek bak linen sutera dan satin di bahagian belakangnya. Boleh didapati dengan berkunjung ke Tatum yang terletak di Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.