DESTINASI

Alami sistem bunyi di luar jangkauan daripada pakar kejuruteraan bunyi Eropah berusia hampir 50 tahun

Glam Deko (Malaysia) - - News -

Maison Curio menampilkan aneka rasa yang membawakan dekorasi berbeza untuk setiap gaya. Buat pencinta tegar kopi, Kafe Feeka Coffee Roasters menawarkan hidangan terbaru dan klasik untuk dinikmati. Pengaruh kehidupan Danish membawakan seleksi perabot dan aksesori

klasik kontemporari di Noir Home. Inovasi kejuruteraan sistem bunyi terbaik tersedia di Bowers & Wilkins.

Apa? Falsafah; muzik menyatukan seluruh umat dunia tanpa batasan menjadi pegangan pakar bunyi, Bowers & Wilkins. Segala impak dan bunyi yang terhasil, berlandaskan sejarah latar belakang selama 50 tahun jenama ini dalam industri kejuruteraan bunyi.

Yang Istimewa

Sentiasa maju melangkaui masa hadapan, Bowers & Wilkins memiliki inovasi kejuruteraan bunyi serba kompleks, cemerlang dalam menghasilkan gema bunyi terbaik. Bagi mencipta kualiti bunyi dan impak luar biasa, Bowers & Wilkins mengadaptasi teknologi sistem bunyi dengan susunan empat rak padu, penutup berfrekuensi rendah sepenuhnya sebagai unit bass, pemacu Continuum ™ midrange serta empat pemuat frekuensi tinggi dalam tiub Nautilus. Bowers & Wilkins mereka bentuk speaker ( pembesar bunyi) untuk kediaman, home theatre, panggung, konsert dan ruang landskap ( outdoor). Pencinta muzik juga boleh menikmati teknologi bunyi jenama ini menerusi inovasi rekaan pembesar bunyi tanpa wayar atau headphones. Malah, Bowers & Wilkins turut mencipta audio kereta untuk jenama BMW, Maserati, Volvo dan McLaren.

Di Mana? Cipta gema bunyi bermutu menerusi teknologi sistem bunyi Bowers & Wilkins di Aras 2, The Gardens.

Sistem bunyi Bowers & Wilkins banyak digunakan oleh studio rakaman terbaik dunia termasuk Abbey Road Studios.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.