# WILLOWMEADOW

Glam Deko (Malaysia) - - News -

“Hakikatnya ia telah menyuntik rasa cinta saya dengan suasana ala baba nyonya dan oriental seperti kediaman lama di negeri.” Eylia

Segala yang diatur di kamar beradu perlu bersatu harmoni dan tiada yang keterlaluan agar lena tidak terganggu. Pastikan juga ruang ini tidak berkongsi ruang untuk menonton televisyen. Cukup sekadar mengadakan ruang duduk- duduk; kerusi berlengan atau chaise lounge sebagai ruang tambahan untuk membaca sebelum tidur. Pasang langsir jenis black out daripada fabrik tebal yang kalis cahaya agar dapat menabir sinar matahari pagi dan petang. Jika tidak mahu membeli rekaan katil konvensional, anda boleh menempah reka bentuk kepala katil berpandukan ukuran katil dan ketinggian yang diingini. Kamar beradu tidak sesuai dilatari warna- warna terang menyengat, anda perlu memilih nada warna lebih deep seperti marun, ungu gelap, kelabu, atau navy blue agar kamar terlihat lebih kelam dan menenangkan.

TIP PEMILIHAN CADAR Corak Alami – Jika tidak mahu sesuatu yang terlalu menonjol, pilih corak senada/ monokrom. Corak cadar bermotifkan pepohon pada musim luruh fabrik sutera kapas daripada Grand Atilier, Robinsons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.