WARISAN TOMMY

Glam Deko (Malaysia) - - News -

“Kami berpegang kepada cita rasa Inggeris dengan perincian kepada elemen Perancis.” Tommy Hilfiger

dalam memastikan rekaan dan hiasan dalaman memenuhi kehendak dan cita rasa kedua pasangan pemilik kediaman yakni suami Eylia. Ini kerana dia lebih menyenangi gaya glamor untuk dekorasi kediaman. Dari situ Zaza cuba mencari titik tengah untuk memastikan suai padan yang dilakukan memenuhi cita rasa keduanya tanpa terlihat janggal. Ternyata proses dekorasi kediaman ini dipermudahkan apabila mereka menyerahkan tugasan ini sepenuhnya kepada Zaza dan setiap keputusan yang dilakukan. Setiap ruang dimanipulasi dengan sebaiknya selain suai padan yang praktikal dalam ruang terhad. Ini boleh dilihat pada ruang kamar beradu utama dan kamar beradu si kecil yang menebarkan rasa glamor di sebalik suntikan antik dan vintaj yang menemaninya.

Zaza meminta diri lebih awal kerana dia mempunyai tuntutan tugasan lain yang perlu disempurnakan. Sementara itu saya duduk- duduk bersama Eylia di ruang tamu sambil bertukar kisah peribadi dan perniagaan. Kebetulan pula kami merupakan kawan seuniversiti, sempat pula saya bertanya mengenai beberapa teman, selain Eylia berkongsi mengenai percutian yang bakal dia jalani dalam beberapa hari lagi. Semoga percutian kali ini dapat memberikan inspirasi yang lebih indah sebagai inspirasi dalam menciptakan kediaman impian.

“SETIAP RUANG DIMANIPULASI DENGAN SEBAIKNYA SELAIN SUAI PADAN YANG PRAKTIKAL DALAM RUANG TERHAD,”

Kamar beradu mengadun rasa natara chinoiserie dan glamor namun kekal damai dan selesa. Kamar kecil menerima suntkan moden disebalik elemen oriental yang menebal dengan padanan rona putih dan emas. HALAMAN SEBELAH Kamar tetamu yang turut berkongsi tugas sebagai perpustakaan mini untuk mengumpul bahan bacaan koleksi mereka sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.