LIBUR

Glam Deko (Malaysia) - - News -

Eksplorasi seni dan budaya Thailand

ATLAS, ruang gastronomi terbaru dibina di aras bawah bangunan ikonik, Parkview Square, Singapura. Mula membuka pintu awal tahun ini, reka bentuk ruang dalam ATLAS digalas oleh syarikat reka bentuk terkemuka, HASSEL. Mahu mengekalkan rekaan asal sentuhan James Adams Design, ATLAS hanya menjalani proses pemuliharaan ruang- ruang sedia ada, bernadikan era 1920- an kota New York. Silhuette berlapis- lapis, bentuk geometri, aksesori tembaga dan gantungan lukisan- lukisan pada panel dinding menjadi permainan utama ruang restoran. Meja besi disaluti kemilau emas di hadapan restoran berjaya mencipta impak dramatik elegan. Tambahan platform di kawasan bar, memberi lebih akses kerja– kerja bartender. ATLAS menawarkan pengalaman all- day dining.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.