SEJENAK

Buat mereka yang memiliki banyak perhiasan lama yang tidak digunakan lagi, anda boleh menghiasi kamar kecil anda dengan koleksi sedia ada ini

Glam Deko (Malaysia) - - News -

Mengangkat kegemilangan seni bina warisan.

Jangan abaikan dekorasi di kamar mandi kerana ia mampu memberikan semangat yang positif untuk memulakan hari anda. Lokasi ini juga bisa menjadi spa peribadi jika bijak memanipulasi ruang dan persekitarannya. Tidak semestinya anda perlu melakukan ubah suai besar- besaran di kamar mandi ini, cukuplah sekadar ubah suai bersifat kosmetik untuk menjadikannya terlihat lebih selesa. Tatkala anda merancang untuk merubah wajah kamar kecil, pastikan saiz ruang bersesuaian dengan gaya yang bakal disuntik. Juga tetapkan kegunaan kamar kecil ini sama ada hanya sekadar kegunaan kering seperti powder room mahupun untuk kegunaan penuh. Namun hari ini rekaan kamar kecil memiliki ruang khas untuk anda bersiram. Ini menjadikan anda boleh menghias ruang menggunakan fabrik.

TIP Jika anda mempunyai bingkai- bingkai lama, gantungkan di dinding kosong di kamar mandi. Gunakan bakul- bakul yang anda miliki untuk meletakkan tuala baru juga pakaian terpakai. Aturkan botol- botol haruman dan rangkaian penjagaan diri di atas dulang cantik dan hiaskan bersebelahan sinki. Gantikan cermin asas di kamar mandi menggunakan cermin yang lebih bergaya seperti venetian mirror contohnya.

Kerusi plastik atau bangku porselin bergaya praktikal untuk menghias ruang kamar kecil anda.

Kamar kecil kolaborasi Armani/ Casa bersama jenama Roca menampilkan perincian mewah dan sarat bergaya sesuai anda yang bercita rasa tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.