Simetri Modular

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Giulio Cappellini berfikir mengenai Couchsurfing Millennials apabila mereka bentuk sistem sofa Mill Home ini. Elemen asas beanbags, sokongan belakang dan tempat rehat lengan dengan saiz dan ketinggian berbeza digabungkan menjadi satu sistem duduk praktikal untuk kediaman moden. Reka bentuk komposisi sofa yang berbeza boleh disesuaikan dengan apa jua ruang dan situasi kegunaan. Anda boleh memilih jenis fabrik atau kulit, polos atau bercorak dan warna bagi mencipta sofa idaman. www. cappellini. it

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.