Kompak Moden

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Kabinet berstruktur tinggi, Fidelio direka oleh Roberto Lazzeroni untuk Poltrona Frau. Fidelio dibina menggunakan kayu abu padu dan kayu lapis birch venir dengan kemasan mocha pada permukaan luar kabinet, manakala warna maple gelap di bahagian dalam. Setiap binaan rak terbahagi kepada dua bahagian tertinggi dan mendatar, memberi lebih ruang untuk simpanan gelas, botolbotol kaca. Rekaan tiga laci boleh memuatkan aksesori sampingan seperti sudu kecil dan napkin. Kemasan batu marmar atau kayu boleh dipilih untuk permukaan paling atas kabinet. Poltrauna Frau di XTRA Furniture, The Gardens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.