Kulinari HIP

Kafe yang dirias gaya ala industrial ini kekal bertahan menawarkan pilihan kopi dan pencuci mulut di lokasi yang strategik

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Apa? Lokasi kafe di sekitar ibu kota sering menjadi pilihan untuk menikmati hidangan selain dari bersantai bersama teman dan insan tersayang. Pelbagai kafe baru dibuka untuk seleksi lebih unik dan khusus tidak ketinggalan yang berjaya bertahan menawarkan hidangan terbaru dan klasik untuk dinikmati para penggemar gastronomi. Lokasi strategik menjadi kunci dalam memastikan kafe kekal relevan dan dikunjungi. Kafe Feeka Coffee Roasters merupakan antara yang kekal menjadi pilihan penggemar kopi dan gaya ala hipster.

Yang Istimewa

Gaya industrial dan moden menjadi pilihan untuk dekorasi kafe yang didominasi rona hijau ini. Khusus buat penggemar kopi, seleksi yang ditawarkan sememangnya menarik. Ruang yang nyaman dan damai boleh anda pilih untuk menikmati hidangan di dalam kafe mahupun di luar ditemani kehijauan kota yang masih bersisa. Nikmati hidangan seperti manisan pencuci mulut dan aneka hidangan ringan sambil ditemani ajnas pilihan kopi. Di Mana? Kafe Feeka Coffee Roasters terletak di no. 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang strategik di pusat hiburan dan perniagaan. Ia turut dikelilingi pelbagai tarikan lain seperti restoran mewah dan santai juga keunikkan lain.

Nikmati minuman ajnas gaya persembahan bersama menu manisan lain tatkala bersantai di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.