KUNCI GAYA FEMININ CHIC

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang -

1. Jangan takut menyuai padan reka bentuk perabot dan aksesori seperti lampu tidur dari gaya zaman berlainan. Efek lama, washed wood, besi lama dan kusam menyempurnakan keseluruhan gaya yang ingin dicipta. 2. Aksesori daripada bahan logam dan gangsa seperti lampu tidur, meja sisi atau meja konsol mampu menerbitkan aura instant glamor. 3. Pilih fabrik cadar diperbuat daripada kain sutera satin atau sutera kapas buat membangkit mood mewah elegan selain membuatkan lena lebih indah. 4. Banyakkan aturan kusyen pelbagai bentuk dan saiz di atas katil untuk rasa lebih empuk dan cozy di ruang tidur.

Lampu meja berkaki ukiran dedaun emas. Pinterest. com Almari konsol berpermukaan batu marmar. www. touchedinteriors. co. uk Katil bersaiz king, Milling Road Delphine, Otomen fabrik linen oleh I Love Living Almari antik Eropah. www. baers. com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.