RUANG STUDIO PEREKA PERABOT

Glam Deko (Malaysia) - - Styling Series -

RUANG STUDIO adalah kolaborasi individu kreatif dan berpengalaman dari latar belakang berbeza, namun dalam industri yang sama. Mengetengahkan unsur rekaan dinamik dan praktikal, seleksi sofa daripada koleksi Ruang Studio turut menyertai pameran perabot di EFE ( Export Furniture Exhibition) 2017, Kuala Lumpur dan pameran antarabangsa SaloneSatellite, Milan. Sentuhan pereka menampilkan identiti dan karakter setiap satunya, dijalin erat penggunaan fabrik terpilih, kemasan dan perincian menambah pesona pada setiap rekaan. Pereka turut memanfaatkan kekuatan dan kecantikan ukiran kayu dengan keunikan reka bentuk melengkung buat melembutkan penataan dekorasi keseluruhan ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.