KARAKTER LANTAI

Penggunaan karpet dan ambal untuk menyeri ruang semestinya satu kemestian buat dekorasi kediaman. Pilihan lebih eksklusif mampu menerbitkan rasa elegan dan tersendiri apatah lagi di kamar beradu

Glam Deko (Malaysia) - - Bicara Deko -

Jika dahulu ramai melihat karpet hanya sekadar fungsi dengan memilih pilihan selamat untuk menutup dan menggayakan lantai. Namun hari ini ia dilihat sebagai antara pemain utama mencipta dekorasi kediaman. Justeru pilihan lebih teliti diberikan tatkala memilih untuk menghiasi permukaan lantai ruang kediaman. Kami berbicara bersama pereka karpet yang jenamanya semakin mendapat perhatian antarabangsa, Omar Khan Rugs mengenai statement rugs yang membentuk identiti jenamanya.

Sedikit mengenai anda dan bilakah jenama ini mula

beroperasi? Saya berdarah campuran dengan pelbagai budaya yang mempengaruhi ketika saya membesar. Dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta dan Connecticut, Amerika, kemudiannya melanjutkan pengajian tinggi di Parsons School of Design, Amerika sememangnya menjadi pengaruh utama dalam berkarya. Saya pernah mencuba pelbagai bidang antaranya pereka perabot, stylist, visual merchandiser dan pereka hiasan dalaman. Kira- kira tiga tahun yang lalu ( sekitar 2014) saya bercadang untuk hadir dengan rangkaian penuh kediaman yang terdiri daripada lilin haruman, cadar, lampu dan perabot. Pada ketika tayangan awal yang mana saya mempertontonkan tiga helaian karpet di acara Maison & Objet di Singapura, Naib Presiden Mohawk Asia mencadangkan pada saya untuk hanya fokus kepada satu yakni karpet. Ruang yang telah dihiasi indah oleh Omar Khan Rugs? Rekaan karpet saya telah banyak menempati ruang komersil kerana dahulunya saya turut terlibat dalam mereka hiasan dalamn kepada beberapa projek ternama peringkat antarabangsa juga di dalalam Malaysia. Antara jenamanya adalah Pedder Group, Biyan, W Residences, Bandar Raya Developments Berhad ( BRDB) juga jenama fesyen seperti Christian Louboutin, Nicholas Kirkwood, Azzedine Alaia dan Tom Binns. Terbaru dalam koleksi Omar Khan Rugs? Omar Khan Rugs baru sahaja melancarkan koleksi bespoke kedua yang menampilkan 21 jenis rekaan. Ia dipanggil Dark Night of the Soul. Saya sering melihat rekaan saya ini bagaikan suatu karakter sejak dari mula lagi. Watak agung yang saya pilih ini ‘ diinsankan’ melalui rekaan. Oleh kerana watak- watak ini agak abstrak seperti buih- buih laut untuk Hersperus, ia melahirkan rekaan yang indah. Manakala April lalu kali pertama kami melancarkan rangkaian runcit untuk Lane Crawford, Hong Kong. Ia mengandungi 11 rekaan bagaikan prêt-a- porter yang dinamakan Covet untuk pelanggan yang mahukan solusi secara pantas. Dalam perancangan pula adalah untuk Wright & Smith, rangkaian yang seakan Net-A- Porter untuk barangan kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.