Bengkel Menghias Kek Bersama TANIA PAWANTEH

Sempena kedatangan syawal, Glam Deko bersama Tania Pawanteh, meraikan pembaca bertuah mempelajari dan berkongsi teknik menghias kek di ruang pamer Hafele, damansara utama

Glam Deko (Malaysia) - - Istimewa -

Petang Sabtu, 15 Julai lalu dalam suasana mesra dan meriah di ruang pamer pakar dapur terkemuka, Hafele, Damansara Utama – GLAM Deko meraikan 20 pembaca bertuah untuk mempelajari seni menghias kek sempena menyambut lebaran. Acara dikendalikan pakar kek, Tania Pawanteh yang turut menerbitkan buku sendiri bertajuk Kek Tanpa Ketuhar yang dilancarkan sekitar tahun lalu. Berlangsung selama tiga jam, demonstrasi tentang cara dan teknik menghias kek dimulakan dengan sesi penerangan Tania mengenai jenis kek, seleksi aksesori dan bahan- bahan utama untuk mencantikkan gubahan kek. Bermula dari pemilihan kek, penggunaan gula aising, krim putar, buahbuahan seperti strawberi, beri, sehinggalah langkah demi langkah dalam proses menghias dan mencantikkan kek menggunakan bunga segar seperti bunga ros dan carnation, segalanya diterangkan secara terperinci bersama petua- petua berguna untuk dipraktikkan.

Ruang pamer Hafele yang lengkap, luas dan lengkap dengan teknologi dapur, memudahkan proses penyediaan sepanjang bengkel berlangsung.

Menurut Tania, “Menghasilkan kek dan proses menghiasnya menjadi lebih cepat dan menyeronokkan dengan ruang yang lengkap serta teknologi dan sistem gerak kerja dapur yang sistematik seperti Hafele.”

Usai menghias kek, peserta berpeluang membawa pulang kek sentuhan sendiri sebagai cendera hati istimewa daripada Tania dan GLAM Deko. Ucapan setinggi penghargaan buat pembaca yang sudi melapangkan masa bersama GLAM Deko dan Tania Pawanteh di Hafele, Damansara Utama. Bagi yang berminat untuk menyertai acara dan aktiviti terkini GLAM Deko boleh ikuti kami di laman facebook GLAM Deko atau instagram @ glamdekomy.

Peserta terpilih dengan dekorasi kek paling cantik diberikan kepada Tengku Badrisya. Majlis berlangsung meriah dalam suasana santai. Peserta cilik berumur 12tahun antara yang turut serta menyertai bengkel ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.