Palet Rasa Selatan Amerika

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Singapura menjadi lokasi taklukan Asia restoran ternama, Yardbird Southern Table & Bar. Beroperasi di bawah nama, The Bird Southern Table & Bar, restoran ini membawakan cita rasa klasik selatan Amerika termasuk resipi ayam goreng Lewellyn yang berusia 100 tahun. Hidangan Shrimp ā€˜ Nā€™ Grits, Buttermilk Biscuits dan Butter Lettuce bersama Grilled Mango Salad antara yang mesti cuba. Malah, The Bird turut menghidangkan menu eksklusif untuk Singapura, Low Country Laksa ā€“ filet ikan merah dihidang bersama nasi Carolina pirlau, jagung manis, kacang pecan berempah, telur rebus rangup dan sup kelapa. The Bird boleh dikunjungi di South Promenade pusat beli- belah, Marina Bay Sands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

Ā© PressReader. All rights reserved.