SENI BINA BERGELUNG

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Kompleks menara kediaman di Maarssen; wilayah di antara Amsterdam dan Utrecht memiliki 260 unit pangsapuri, garaj tempat letak kereta, gymnasium dan trek larian di atas bumbung. Seni bina kompleks menara dengan dua gelung ini hasil rekaan, Peter Pichler. Dua menara gelung ini terhasil daripada seni bina geometeri yang tertumpu pada asas pandangan dan cahaya matahari. Peter membina menara berbentuk L dengan sokongan menara bawah terletak di bahagian barat. Hampir kesemua pangsapuri terbina sebagai dupleks, malah, tipologi dupleks jelas dipamer dalam fasad menara yang lebih jelas dilihat dari struktur di aras atas berhadapan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.