EVOLUSI MEWAH

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Oakwood Premier OUE Singapura menawarkan pilihan serba lengkap buat mereka yang mencari kediaman apartmen servis yang dilengkapi kemudahan bertaraf tinggi. Menggabungkan teknologi state-o- the- art dan lokasi yang strategik di tengah jantung daerah perniagaan, ia sememangnya pelaburan yang berbaloi. Setiap unit apartmen dilengkapi dengan penggunaan aplikasi yang memberi kemudahan untuk anda melakukan permintaan dari dalam kamar, menempah teksi, membeli barang keperluan hinggalah menempah gubahan bunga. Aplikasi ini turut direka dengan jaringan kepada restoran ternama sekitar kota ini. Unit turut direka dilengkapi dengan kelengkapan terbaik seperti Smeg dan De’Longhi untuk keselesaan penggunanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.