KOLABORASI KRISMAS

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

November ini bakal menyaksikan gedung beli belah ternama, Harrod’s menjalin kerjasama bersama jenama fesyen tersohor Itali, Dolce & Gabbana untuk merubah wajah mereka untuk perayaan ulung tahunan ini. Dengan idea membangkit rasa bagaikan berada di Itali, dekorasi ruang pamer bakal berubah selain pameran tingkap di gedung utama kota London ini. Beberapa ruang khas turut dibina sebagai kedai pop- up yang melambangkan seperti pasar jalanan di Itali selain gedung yang diperindah dengan pohon krismas, pencahayaan khas, carousel yang direka khusus oleh Dolce & Gabbana. Untuk pilihan lebih eksklusif, mereka turut hadir dengan beberapa rekaan khas produk fesyen untuk koleksi pencinta fesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.