Urban Fokus Kehidupan

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Reka bentuk ruang tetingkap terbaru butik Hermes Liat Towers mempamerkan hasil kerja seni, artis Jepun, Haruka Kojin. Berinspirasikan perspektif kanta mata serangga, Haruka menggunakan cermin kanta makro dan mikro bagi memperlihatkan latar kehidupan bandar. Reka bentuk tetingkap ini dinamakan, Contact Lens turut direka bersama oleh arkitek dan kartogram, Nigel Peake. Selendang sutera Hermes dicetak mengikut komposisi lensa rekaan Peak yang diperbesarkan bagi mencipta spektrum warna dan tekstur yang cukup bertenaga. Setiap cetakan geometrik terhasil diilhamkan Peake berdasarkan pantulan imej sekitar jalan- jalan di bandar kala musim panas. Karya duo artisan ini dipamerkan di butik Hermes, Orchard Road, Singapura sehingga 3 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.