SIHAT & BERGAYA

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Jenama peralatan elektrik terkenal Samsung terus menawarkan seleksi yang memenuhi kehendak gaya hiduap masa kini. Terdahulu mereka telah melancarkan ketuhar yang membantu memudahkan penyediaan juadah cita rasa tempatan dengan pelancaran ketuhar gelombang mikro yang telah diprogram untuk membantu penyediaan juadah tempatan. Antara menu yang boleh anda cuba menerusi ketuhar ini adalah rendang, ikan bakar juga kek serta bebrbagai menu lain. Ia direka dengan teknologi Slim Fry dan fungsi stim sihat. Ia turut diletakkan teknologi Hot Blast yang membantu mengurangkan masa memasak namun masih mengekalkan rasa dan kelembapan sesuatu makanan itu. Manakala untuk hiburan di kediaman, rangkaian televisyen terbaru ini tidak hanya berfungsi sebagai tempat tontonan ia, turut menjadi elemen dekorasi di ruang kediaman. Rangkaian yang dinamakan The Frame ini merangkumi saiz televisyen 55 inci dan 65 inci. Keunikkan siri ini adalah apabila ia tidak berfungsi, televisyen ini mempaparkan paparan visual yang bertindak seperti karya seni yang menghiasi dinding kediaman. Anda boleh memilih warna dan kemasan bingkai buat set televisyen ini mengikut kesesuaian gaya dekorasi ruang anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.