BICARA REKAAN: ADRIEN KENT CREATIVE STUDIO

Pengasas kepada Adrien Kent Creative Studio, Adrien mem bawakan gaya estetik yang bersih mengikut keselesaan ruang. Perunding Dalaman, Penata Gaya, Artis Lakaran

Glam Deko (Malaysia) - - Kandungan - Teks EMMELYN CINDY MAH Terhemahan SHAHRIL HADI HALIM

Adrien Ritzal berkongsi tentang garis kerja dan pilihan gaya estetika semasa

Sebagai seorang pereka hiasan dalaman, penata gaya dan artis lakaran, Adrien mempunyai permulaan yang jelas dan mudah. Seperti yang diceritakannya, dunia dekorasi telah semulajadi terlahir dalam dirinya; sebagai anak remaja di sekolah tinggi, dia telah mula menghias kamar beradunya sendiri serta menemui kegembiraan mencipta ruang yang indah. Ini telah menjuruskannya untuk menuntut dalam jurusan hiasan dalaman di peringkat tinggi, yang mana boleh dijadikan kerjaya selepas ini, sambil menimba ilmu dan pengalaman. “Ia mengambil masa sehingga empat tahun sebelum saya mengorak langkah untuk membuka firma sendiri,” imbaunya kembali.

Dalam dunia hari ini yang didominasi trend Instagram, Tumblr dan Pinterest, rekaan dari seluruh dunia lebih mudah didapati berbanding dahulu. Ini menjadi punca mengapa ramai pemilik kediaman sudah hadir dengan idea awal dalam rekaan dan memunyai pendapat sendiri. Semestinya sudah terdapat satu estetik tertentu dalam minda mereka - mungkin juga beberapa. Ia akan berakhir dengan terlalu banyak idea. Untuk mengecilkannya mampu menjadi satu cabaran, khususnya jika pemilik kediaman tidak boleh bertolak ansur.

Namun begitu, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa pelbagai gaya tidak semestinya akan berakhir dengan ruang yang bersepah dan sarat yang keterlaluan. Adrien percaya bahawa tugas seorang penata gaya adalah untuk menghalang perkara sebegini berlaku. “Saya merasakan pemilik kediaman selalu berasa teruja apabila melihatkan idea dan inilah punca kepada keadaan menjadi kacau bilau,” ujarnya lagi. “Pereka berfungsi untuk menyunting idea- idea tadi dan menyediakan solusi dan rancangan rekaan untuk menjalankan idea tadi dengan lancar.”

Adrien membawa kami menyelusuri proses untuk bekerja dengan kliennya. Pada satu bahagian ia adalah penting untuk menyeimbangkan aspek praktikal dan estetika. Di bahagian yang lain pula, penting untuk memastikan klien gembira dengan hasil

yang diterapkan. Untuk memastikan perkara seperti ini terlaksana, dia memilih untuk menapis imej dan rujukan yang digemari oleh klien, juga apa yang tidak mereka gemari. “Dari sini, saya akan menyunting dan mencipta sebuah papan rujukan dan rancangan rekaan. Bergantung kepada betapa kompleksnya sesuatu plan itu, langkah seterusnya adalah tertakluk dan berbeza, dari proses ubah suai kepada membeli belah dan seterusnya.”

Biarpun menjadi kebiasaan kepada pemilik kediaman untuk mengetahui apa yang mereka mahukan, di spektrum berbeza dapat juga dilihat klien yang tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan dan ini penting untuk estetika kediaman itu. Apabila berhadapan situasi sebegini, Adrien menasihati bahawa langkah terbaik adalah untuk bermula dengan bajet. Dari situ, kita boleh melihat semula ruang dan fungsinya, dengan mengambil kira gaya hidup penghuninya. “Lama- kelamaan, stail tertentu akan terpancar dari apa yang sudah dibina,” kata Adrien.

Berbicara mengenai estetika pula, Adrien berkongsi sudah terdapat perubahan pada maysyarakat lokal. Di mana rakyat Malaysia dipengaruhi oleh estetika industrial

dan Scandinavian, menurut Adrien mula terarah kepada gaya Bohemian dan sentuhan Tropika – bukan sesuatu kejutan, ditambah pula dengan meningkatnya populariti cetakan pengaruh hutan yang tersedia di pasaran. “Ia sesuatu yang hebat, melihat bagaimana sumber pembekal tempatan mampu menyediakan perabot yang bagus bersesuaian dengan iklim kita,” terangnya. “Kini ia lebih santai. Lebih banyak pelanggan mahu membuang, dan sentiasa bertanyakan mengenai ruang penyimpanan.” Hingga ke saat ini, Adrien masih percaya bahawa pendekatan kemaskini adalah penting untuk penghasilan kerja kau dan sebagainya.

Sebagai seorang penata gaya, tidak mengejutkan bahawa kemasan lembut memainkan peranan buat hasil kerjanya. “Ia bagaikan anting- anting kepada sesuatu busana,” ujarnya lagi. “Anda boleh tampil neutral pada perabot utama, tetapi sentuhan terakhir adalah penentu kepada gaya, dan ia memberi sesuatu yang lebih pada ruang.”

Adrien juga pernah menghasilkan projek komersil, ruang pamer yang ternama seperti Feeka, Sitka, Food Foundry, Fashion Valet dan Gula Cakery di bawah portfolionya. Untuk lebih informasi, layari adrienkent. com.

Adrien gemar mengumpul barangan yang indah. Dia turut memelihara dua ekor burung sebagai haiwan kesayangan dan bermain alat muzik instrument harp.

SECARA KESIMPULANNYA , HASIL KERJA ADRIEN RITZAL MENJADI PERLAMBANGAN KEPADA RASA SEMPURNA BUAT HALAMAN YANG DIRIAS SEMPURNA. RUANGNYA DIATUR SEMPURNA, DENGAN PENAMPILAN PERHIASAN UTAMA YANG MAMPU MENAIKKAN LAGI SERI RUANG AGAR TAMPAK BERGAYA NAMUN TIDAK TERLALU SARAT PERINCIAN. DIA BERPEGANG KEPADA ESTETIK KEMEWAHAN RUANG YANG BESAR, DENGAN SEDIKIT SEKATAN. “SAYA SEDIKIT SEBANYAK MEMILIH GAYA BOHEMIAN APABILA MENDEKORASI SESUATU,” UJARNYA. “KLIEN KEDIAMAN SAYA MENGGEMARI SENTUHAN RINGKAS DAN EKLEKTIK YANG SAYA TERAPKAN.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.