Sebelum

Glam Deko (Malaysia) - - Renovate -

B ak kata pujangga Inggeris “best things in life are worth waiting for” dan untuk projek ini ia mengambil masa sehingga lima tahun untuk merubah wajah kediaman yang terletak di Ukay Heghts ternyata menguji kesabaran mereka. Walaubagaimanapun, jika hasilnya berbaloi ia semestinya refleksi yang tepat buat pepatah tadi. Meskipun keadaan hartanah seluas 18,000 kaki persegi ini ini tidak semegah jangkaan, Paul Smith, seorang ekspatriat yang berkerja di dalam industri minyak dan gas selama beberapa tahun di Malaysia, terpesona apbila melihatkan situasi dan lokasi yang mana ia terletak di puncak paling tinggi di Ukay Heights diselimuti kehijauan alam dan pepohon hutan hujan yang berusia ratusan tahun. Lantas dia menghubungi Melvyn Kanny dari MJ Kanny Architect yang telah ditugaskan mereka kediaman pertama Smith juga di Malaysia sekitar sedekad yang lalu.

Dalam mencari solusi yang tidak terlalu mengganggu keadaan sekeliling, Smith dan Kanny telah melahirkan beberapa pilihan. Dengan pemandangan indah yang dimiliki lokasi ini, ia turut ditemani cerun yang curam yang hanya boleh dilihat melalui pemandangan atas pada hartanah ini. “Smith mahukan santuari tropika yang nyaman di mana dia boleh menikmati pemandangan luar semaksima mungkin. Dia juga turut terbuka kepada idea ntuk kediaman ini dimasukkan ke dalam cerun sedia ada ada dengan gangguan yang minima pada persekitaran. Kami bermain dengan idea agar memiliki ruang yang melata ke bawah bukit dari pintu masuk dengan binaan kanopi seakan payung besar yang menawarkan teduhan dan dalam masa yang sama memberikan privasi dari pandangan jiran sekeliling,” terang Kanny mengenai projek ini.

Smith turut menambah, “Sementalah saya mahukan hartanah yang diadunkan bersama suasana berbatu bata ini, saya merasakan cara terbaik untuk merealisasikan idea ini adalah menggunakan sistem bumbung yang berbeza. Mengimbas kembali kediaman yang pernah saya lihat ketika melawat Pulau Bali dahulu, yang mana bumbung kediaman di bawa ke bawah sehingga aras tanah, saya bertanya kepada Melvyn untuk mengikuti konsep sebegini dengan menggunakan roof shingles berbanding jubin untuk menimbulkan rasa lebih natural.”

Biarpun ubah suai pada struktur sedia ada turut dipertimbangkan, keputusan utama adalah dengan merobohkan segalanya dan bermula dari asas, yang memberikan Kanny ruang untuk mereka kediaman yang berhubung secara spesifik kepada iklim dan topografi kawasan ini. “Oleh kerana suhu di Ukay Heights adalah lebih sejuk berbanding kawasan lain di Kuala Lumpur, kami menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk memerangkap angin bayu untuk dibawa ke dalam kediaman. Setiap bilik dan ruang mempunyai ruang aliran udara yang tinggi, membenarkan udara nyaman bergerak bebas ke dalam kediaman. Kebanyakkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.