GALERI EDITOR

Glam Deko (Malaysia) - - News -

Berbicara perihal shopping, siapa yang tidak teruja? Bagaikan satu energi positif meresap ke dalam minda yang melonjakkan rasa ghairah dan gembira. Tidak kiralah apa jenis barang dan di mana untuk membeli, energi yang satu ini sangat hebat dirasakan. Tambahan lagi promosi jualan hujung tahun bagai tidak boleh dielakkan. Semuanya hadir dengan potongan harga istimewa, malah kadangkala tidak masuk dek akal. Justeru, sempena edisi ke 50, GLAM Deko menutup tirai tahun 2017 dengan mengangkat tema ‘ Festive Shopping’ atau beli belah sempena hujung tahun dan musim perayaan. Dan tibanya tahun 2018, diraikan lebih meriah dengan penampilan baharu, gaya baharu dan energi yang lebih positif.

Ramai yang beranggapan beli- belah barangan dekorasi melibatkan kos yang tinggi, tidak seperti membeli barangan keperluan yang lain. Namun setiap yang dibelanjakan, berbaloi kerana jangka hayat produk yang mampu bertahan lama dan tidak perlu ditukar selalu. Sebagai pengguna yang bijak, buat perancangan awal dan utamakan senarai barangan yang perlu diganti terlebih dahulu. Untuk memudahkan pembaca membuat pilihan, GLAM Deko membariskan senarai produk dan lokasi di mana sebagai rujukan. Dari jenama hebat antarabangsa, tidak ketinggalan produk keluaran tempatan, variasi pilihan produk dekor memberi ruang kepada pembaca untuk lebih hemah dalam berbelanja. Semak ruangan Fokus dan Ilham dengan seleksi barangan dekorasi sama ada pembelian terus di ruang pamer atau secara dalam talian.

Konsep ‘ mix and match’ yang kian popular di kalangan pereka dan juga pemilik kediaman menghiasi paparan muka hadapan majalah kali ini. Minimal, segar dan harmoni, antara ciri- ciri yang perlu ada dalam setiap kediaman tidak kira apa juga gaya dan konsep yang ditonjolkan. Paling penting, cara bagaimana kita menguruskan perancangan ruang, mengolah kreativiti mengikut cita rasa sendiri dan menggunakan peruntukan bajet yang ingin dibelanjakan. Penampilan dekorasi ruang kediaman adalah cerminan identiti penghuninya. Seimbangkan cita rasa dan kemampuan berbelanja untuk kepuasan yang sebenar!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.