Adiwira Kosmik

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Istimewa buat peminat tegar komik Marvel, Royal Selangor mempersembahkan koleksi Marvel – figura piuter adiwira – adiwira komik Marvel. Setiap karakter figurin gagah berdiri setinggi 9 inci, anda boleh mendapatkan adiwira pujaan Spiderman, Iron Man, Captain America dan Thor yang hanya dihasilkan sebanyak 3, 000 unit setiap satu karakter di seluruh dunia. www. royalselangor. com Gorila menjadi subjek seni origami pereka origami terkenal, Nguyen Hung Cuong. Kertas Vietnam digunakan untuk membentuk keseluruhan figura dan mengambil masa selama 7 minggu. Segala lipatan dibentuk secara manual, buatan tangan sepenuhnya. Saiz Gorila ini setinggi 90 sm, dimensi 75 sm dan lebar 85 sm. Setiap lipatan disudahi dengan kod khusus origami agar kertas tidak lembap dan tidak mudah terkena kotoran. Anda boleh memilih sendiri warna kertas dan saiz gorila yang diingini. Setakat hari ini, harga pasaran seni origami ini dijual pada harga USD10, 000 oleh ArtonSpace Studio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.