LIBUR

Glam Deko (Malaysia) - - Contents -

Kembara Brunei meneroka keindahan dan keunikan gaya hidup.

TUNAS RASA LOKAL

Tidak sempurna sebuah kembara apabila tidak merasai makanan tempatan. Teruja untuk mencuba Ambuyat dan Nasi Katok. Sebelum tiba ke Brunei, saya dikhabarkan, harga makanan di Brunei cukup berpatutan. Malam pertama, kami sempat ke Pasar Gadong, pasar malam berbumbung yang menjual aneka jenis makanan lokal seperti ikan mackerel bakar, ayam bakar, Nasi Katok, sate dan kuih- muih. Di Pasar Gadong turut menjual barangan segar; buah- buahan dan sayur- sayuran.

Saya mencuba Nasi Katok - nasi putih dihidang bersama pilihan ayam goreng atau daging dan pelbagai jenis sambal boleh dipilih mengikut cita rasa seperti sambal hijau, sambal pedas dan sambal merah. Pagi hari kedua, kami bersarapan di Restoran Aminah Arif dan hidangan putu mayam menarik perhatian saya. Putu mayam dihidang bersama kuah berperisa pandan, sama sekali berbeza dari segi rasa dan rupa dengan putu mayam di Malaysia. Restoran Aminah Arif terkenal dengan hidangan Ambuyat. Ambuyat diperbuat daripada ambulung yakni sagu sawit. Kebiasaannya, Ambuyat dimakan bersama pelbagai pilihan cacah ( sambal) seperti cacah binjai, cacah tempoyak atau cacah cencaluk. Pilihan saya, cacah binjai. Ambuyat dinikmati menggunakan candas berbentuk chopstick atau pengepit kayu yang melekat di bahagian atas untuk menggulung ambuyat. Kebiasaannya ambuyat dinikmati bersama hidangan sampingan lain seperti ulam- ulaman, ikan rebus, daging lalap dan paru sambal. Antara kuih- muih tradisional orang Brunei sempat kami rasa ialah tapai, pulut panggang, jelurut dan kelupis.

Satu lagi destinasi sarapan popular di kalangan orang Brunei ialah, Restoran Chop Jing Chew. Menu mesti cuba di Jing Chew; Roti Kacang Kahwin, Roti Kuning dan Seama Kwae Tiau. Jing Chew terkenal kerana keenakkan pelbagai jenis roti mentega yang dibakar segar setiap hari.

Menjelang senja, kami menuju ke Hotel Empire & Country Club. Resort persisiran pantai indah terbina menghadap lautan China Selatan. Landskap padang golf menghijau oleh Jack Nicklaus dengan sembilan lubang menghadap bentangan laut membiru dan sembilan lubang berhampiran persisir pantai memutih. Pemain boleh memulakan permainan golf di malam hari kerana padang dilengkapi fungsi floodlight. Saya bersiar- siar di sekitar resort melihat restoran di tepian pantai, Pantai, Spaghettini untuk yang mahukan rasa autentik Itali atau Atrium Café untuk seleksi menu lokal dan antarabangsa. Mengakhiri hari, saya menikmati hidangan minum petang ala Inggeris Lobby Lounge sambil melihat matahari jatuh di bawah bentangan laut membiru.

Kampung Ayer antara penempatan terawal di Brunei yang dibina terapung di Sungai Brunei.

Pasar pagi atau dipanggil Tamu Kianggeh oleh orang Brunei menjual segala macam hasil kraf dan seni orang tempatan, barangan segar dan kering seperti udang kering, ikan bilis dan snek tempatan.

Hotel Empire & Country Club, resort mewah yang dibina di persisiran pantai indah menghadap lautan China Selatan. Interior resort dipengaruhi konsep regal kegemilangan kolonial dengan sepuhan keemasan, batu marmar hitam dan putih diikuti ukiran- ukiran kemas bermotifkan alam semulajadi dan geometri. Hidangan minum petang ala Inggeris di Lobby Louge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.