# MAGIS10TAHUN

Glam Deko (Malaysia) - - Kata Pengarang - Suhana Desa EDITOR suhanadesa@ bluinc. com. my

Sempena menyambut ulang tahun GLAM Deko yang ke10 Oktober nanti, pengisian majalah ini juga perlu lebih istimewa. Edisi kali ini adalah antara pengisian eksklusif yang telah kami rancang sebagai tanda penghargaan buat para pembaca yang telah 10 tahun menyokong majalah ini. Untuk itu GLAM Deko edisi - Salam Brunei membawa pembaca meneroka keindahan dan keunikan ruang kediaman serta gaya hidup di sana. Tanpa kerjasama dan perkongsian daripada Wan Zainal Abidin daripada firma, WaMa Designs dan Mumtazah Abdul Mokti, mana mungkin impian ini terlaksana. Terima kasih yang tidak terhingga daripada seluruh warga kerja GLAM Deko. ‘ Salam Brunei’ eksklusif dengan paparan empat buah kediaman pelbagai gaya, berbeza cita rasa dan hebat sentuhan kreativiti diterjemahkan, yang pastinya menyuntik inspirasi buat pembaca dan pencinta dunia dekorasi. Rata- rata kediaman ini menampilkan ketelitian dalam memilih reka bentuk perabot, perincian dan aksesori serta penataan keseluruhan ruang. Sentuhan pereka dan juga idea pemilik bergabung dalam membentuk kesempurnaan mahligai impian.

Tidak hanya penerokaan ruang, eksplorasi ke Brunei membawa kami mengintai dekorasi ruang kafe dengan persembahan rasa gastronomi sarat jalinan etnik, budaya dan global. Ruang kafe dihias indah, serasi gaya dan menu hidangan yang disajikan.

Edisi kali ini juga, GLAM Deko membariskan seleksi teknologi gajet di ruangan Fokus. Seiring dunia di hujung jari, inovasi produk dan kelengkapan bersifat pintar bukan hanya untuk kemudahan, keselesaan dan kesempurnaan bahkan sebagai pelengkap gaya hidup praktikal. Selak halaman 78- 84 untuk melihat seleksi produk pintar pilihan GLAM Deko.

Nantikan edisi Ulangtahun ke- 10 nanti yang menjanjikan pengisian lebih istimewa, padat dan sarat tentang dunia dekorasi dan gaya hidup terkini.

Buat anda pembaca setia yang sentiasa menyokong perkembangan majalah GLAM Deko sejak 2008 sehingga ke hari ini, kesetiaan anda menyuntik semangat untuk warga kerja GLAM Deko terus berkarya dalam mencetus inspirasi buat semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.