REKAAN KONTEMPORARI

Keseimbangan Sempurna Antara Fungsi, Praktikaliti Dan Reka Bentuk Perabot Serta Aksesori Relevan Mengikut Trend Di Brunei

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Apa? Kepentingan kualiti dan reka bentuk semasa pemacu jenama perabot tempatan Brunei, Thomson Furniture. Jenama ini menggabungkan reka bentuk, kemasan bermutu, fungsi dan praktikaliti untuk setiap perabot dan aksesori yang dipasarkan. Yang Istimewa? Wujud lebih 30 tahun dalam industri perabot dan aksesori, Thomson Furniture menawarkan rekaan dan kualiti perabot mengikut arus trend. Seleksi perabot dan aksesori yang ada bagi menciptakan ruang kediaman seperti sofa, kerusi berlengan, set meja makan, meja konsol, bangku, pasu seramik dan kaca, pelbagai rekaan lampu termasuk lampu meja dan lampu lantai. Bagi memastikan rekaan perabot yang diimport relevan, Thomson Furniture turut berkerjasama dengan pereka bentuk dalaman dan pakar- pakar dalam industri untuk melihat arus trend serta rekaan ikonik. Tidak tertumpu hanya pada satu konsep rekaan, Thomson Furniture memberikan kepelbagaian pilihan, konsep dan rekaan perabot. Pemilihan material dan kemasan turut diberi perhatian rapi agar keseimbangan antara kualiti dan nilai terjamin. Pengunjung yang datang ke ruang pamer dua aras Thomson Furniture, boleh melihat serta merasai sendiri kualiti perabot yang ada. Ruang pamer Thomson Furniture menvisualisasikan semua sudut dan ruang di kediaman bagi memberikan gambaran jelas dan cambahan idea. Di mana? Thomson Furniture dibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 7 malam di Simpang 593, Jalan Gadong, Kampong Beribi, Bandar Seri Begawan BE1118, Brunei.

Thomson Furniture mempamerkan pilihan perabot dan aksesori bermula dari sofa, kerusi berlengan, set meja makan dan aksesori sampingan seperti karya lukisan, lampu dinding dan lampu lantai dalam pelbagai konsep ruang hidup di ruang pamer dua aras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.