SISTEM PINTAR ANTHRACITE

Bersifat legap, gelap dan bertekstur alami, sistem storan dan organisasi pintar Anthracite, melengkapi gaya hidup milenial yang serba ringkas, bijak dan moden

Glam Deko (Malaysia) - - Kediaman -

Berpaksikan kebolehan, warna, paten dan tekstur semulajadi antrasit atau lava, Häfele memperkenalkan teknologi storan pintar Anthracite. Menumpukan pada kehidupan pelan terbuka dan sistematik, sistem storan Anthracite meneroka reka bentuk linear moden.

KEGUNAAN OPTIMUM

Unit storan bertangga dibina secara tersembunyi di dalam kabinet berpintu. Reka bentuk storan berpara ini memberikan lebih ruang. Unit storan bertangga memberikan kaedah pembukaan rak yang menepati apa jua ketinggian tubuh. Setiap label barangan dalam storan dapat ditelah dan dicapai dengan mudah. Sistem unit storan bertangga juga membolehkan penghuni mengawal jumlah stok pantri dengan lebih sistematik dan mudah.

KEPELBAGAIAN FUNGSI

Sistem storan dan rak Anthracite juga boleh dipasang dalam bentuk Tandem Pantri yakni rak pantry berkembar untuk lebih unit penyimpanan. Rak tambahan dipasang melekap terus pada daun pintu. Manakala, sistem storan dan rak Lemans II, berfungsi ideal pada binaan daun pintu kabinet berketinggian 600 hingga 750 mm; sesuai untuk simpanan bahan pencuci. Rekaan unit storan iMove Wall untuk kegunaan tambahan dalam kabinet di bahagian atas. Rak berfungsi praktikal menerusi binaan dua rak berpara.

AKSESORI TAMBAHAN

Reka bentuk Linero Mosaiq, kemasan dinding aluminium memberikan lebih ruang sistematik dan praktikal untuk aksesori tambahan seperti kertas tisu, bekas sudu garfu, rak pisau dan pasu- pasu kecil untuk tanaman herba organik penghuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.