Alter Ego

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

Kafe Alter Ego meneroka globalisasi menu seperti Barat, Jepun dan Timur Tengah sehingga tercipta menu fusion malar segar. Simbolisme nama, dua pesona dekor berbeza di dua bahagian kafe menyoroti gaya estetik Alter Ego yang ingin dipersembahkan. Percampuran material konkrit, bata, tembaga dan kayu menjadi nadi interior kafe. Aturan meja marmar hijau dan putih berpadanan kerusi marmar berangka tembaga menempati satu bahagian kafe, manakala bahagian kedua, memperlihatkan suai padan meja kayu bersama kerusi metal. Rak buku kayu dipenuhi sebahagian besar koleksi buku dan novel buat menemani pelanggan sambil bersantai. Karya mural lukisan tangan di salah satu lokasi ikonik, Amsterdam mencipta titik fokal kafe. Reka bentuk dan konsep kafe Alter Ego direalisasikan oleh duo ayah dan anak yakni Ng Po Loong bersama ayahnya, Eddy Ng.

Menepati rekaan dekor yang dibawa, konsep menu Alter Ego adalah kepelbagaian genre rasa berlainan benua seluruh dunia. Antara menu unik menarik perlu cuba adalah, Blackened Chicken, hidangan peha ayam yang dicelup di dalam mentega cair mengandungi bermacam rempah- ratus. Kemudian, ayam dipanggang sehingga kehitaman sempurna. Hidangan sihat ini mengadaptasi teknik masakan Cajun.

Alter Ego turut mempunyai dapur pastri yang membakar aneka jenis kek dan pastri Perancis segar setiap hari.

Alter Ego beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, hari Jumaat 2 petang hingga 11 malam manakala hari Sabtu dan Ahad 10 pagi hingga 11 malam di No. 2 & 3, Block E, Ground Floor, Lot 5788, Kampung Kiulap, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Lihat lebih banyak gambar inspirasi interior dan pilihan menu enak Alter Ego di www. instagram. com/ alteregofoods/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.