Roasted Chicken Grain

Bowl

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN QUINOA 60 gm bawang besar dipotong dadu 1 sudu besar minyak zaitun 100 gm Quinoa 1 cawan air atau stok sayur- sayuran Garam dan serbuk lada secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN 1. Tumis bawang besar bersama minyak zaitun di dalam periuk pada suhu api sederhana. 2. Masukkan quinoa dan biarkan sehingga keperangan. 3. Tambahkan air atau stok sayur- sayuran, perasakan garam dan serbuk lada secukup rasa. Biarkan mereneh seketika. 4. Ketepikan dan tutup periuk. Biarkan quinoa empuk selama 8 minit.

BAHAN – BAHAN PESTO 2 sudu besar kacang pine dipanggang 3 biji bawang putih dipotong dadu 1 sudu kecil garam 10 sudu besar minyak zaitun 50 gm daun basil 2 sudu besar keju Parmesan

CARA MENYEDIAKAN 1. Masukkan kacang pine, bawang putih, separuh garam dan separuh minyak zaitun ke dalam pengisar. Kisar sehingga menjadi pes. 2. Masukkan daun basil sedikit demi sedikit dan kisar sehingga pes sebati. 3. Tambahkan lebihan minyak zaitun sedikit demi sedikit dan kisar sehingga pes sebati. 4. Perasakan dengan garam secukupnya. 5. Kemudian, masukkan keju parmesan dan kisar sebelum menghidang. 6. Pesto boleh disimpan didalam peti sejuk dengan lapisan minyak menutupi pes.

BAHAN - BAHAN SAYUR PANGGANG 200 gm campuran sayur ( lada benggala hijau dan merah, labu, jagung muda, cendawan, terung dan ceri tomato) Bawang putih Minyak zaitun Garam dan serbuk lada

CARA MENYEDIAKAN 1. Potong sayur- sayuran pada 1 sm hirisan tebal. 2. Masukkan bawang putih dicincang bersama minyak zaitun, garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam mangkuk. 3. Perapkan bersama sayuran. 4. Panggang sayur- sayuran sehingga masak atau empuk. 5. Kemudian, hidangkan bersama quinoa, pesto, yogurt dan ayam panggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.