Brunei Kembara

Satu Negara Nusantara Kecil Namun Punya Kuasa Dan Pengaruh Besar Dunia. Terletak Di Tengah Kumpulan Pulau- Pulau Borneo Yang Kaya Sumber Asli Bumi, Sarat Unsur Kesenian, Susur Galur Warisan Dan Pancawarna Budaya Sejagat

Glam Deko (Malaysia) - - Libur -

KEPULAUAN NUSANTARA

Brunei Darussalam, negara yang terletak di bahagian utara kepulauan Borneo. Kaya dengan sumber mineral gas dan minyak, Brunei adalah negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia ( HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura yang turut dikelaskan sebagai negara maju. Ini adalah kunjungan kali pertama buat saya dan team GLAM Deko. Jujurnya, langsung tidak tahu apa yang perlu dijangka apabila tiba di salah satu kota nusantara ini. Kami diterbangkan oleh Air Asia, menaiki penerbangan terawal 635 pagi dengan perjalanan selama dua setengah jam untuk tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Bersebelahan lapangan terbang, tersergam indah binaan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Brunei adalah antara negara Islam termaju dunia dan terkenal dengan binaan masjid indah dan bersejarah seperti Masjid Jame’Asr Hassanil Bolkiah yang mempunyai 29 kubah emas, Masjid Omar Ali Saifuddin rekaan arkitek Itali, Cavaliere Rudolfo Nolli dan Masjid Ash Shaliheen yang terletak dalam perkarangan Kompleks Pejabat Perdana Menteri.

“LOKASI D’ANGGEREK SERVICED APARTMENT STRATEGIK UNTUK PELANCONG MAHUPUN BUSINESS TRAVELLER.”

STRATEGIK DAN MODEN Matahari memancar sinar pagi menyambut kedatangan kami. Usai menyelesaikan beberapa urusan di lapangan terbang, kami terus memandu menuju ke apartmen, D’Anggerek Serviced Apartment. Hanya 10 minit pemanduan dari lapangan terbang, lokasi D’Anggerek Serviced

Apartment strategik untuk pelancong mahupun business traveler kerana berdekatan Pusat Konvensyen Antarabangsa, Stadium Negara, Kompleks Sukan, kedutaan dan pejabat- pejabat kementerian kerajaan. Selepas lebih satu dekad beroperasi, D’Anggerek Serviced Apartment baru sahaja diperbaharui menerusi unit penginapan lebih luas dan selesa serta ruang lobi apartmen yang bergaya moden. D’Anggerek menawarkan 42 unit penginapan yang dilengkapi kemudahan serba moden. Terdapat lima jenis bilik dan suite; bilik Superior ( 2 katil single atau 1 katil king), Deluxe ( 2 katil single atau 1 katil king), Junior Suite, Deluxe Suite dan Superior Suite. Setiap suite didatangkan bersekali kemudahan katil berukuran king, dua buah televisyen LED berserta kabel astro dan satu ruang tamu.

Apabila menginap di D’Anggerek, anda dapat menikmati kemudahan akses internet secara percuma, shuttle ke lapangan terbang, kotak besi keselamatan, perkhidmatan pembersihan ( housekeeping) setiap hari, peti ais dua pintu atau minibar dan 24 jam meja penerimaan.

Jambatan Temburong, sepanjang 30 kilometer yang menghubungkan Mengkubau dan Sungai Besar di Daerah Brunei- Muara dan Ladang Labu di Daerah Temburong. Kubah emas Masjid Omar Ali Saifuddin dapat dilihat sepanjang rentasan Sungai Brunei. Masjid Omar Ali Saifuddin di Kampung Ayer, dibina menggunakan marmar dan kubah bersalut emas tulen simbolik kekayaan Brunei.

Restoran Yum- A- Cha By Misato, D’Anggerek Serviced Apartment menghidangkan masakan Cina dan Jepun. D’Anggerek Serviced Apartment hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Masjid Jame’Asr Hassanil Bolkiah yang dibina oleh Sultan ke- 29 Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 1988. D’Anggerek Serviced Apartment memiliki 12 bilik Deluxe, 12 bilik Superior dan 18 bilik Suite.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.