TERBANG BERSAMA AIRASIA

Glam Deko (Malaysia) - - Libur -

Bagi yang ingin ke Brunei, Air Asia menawarkan penerbangan sebanyak dua kali sehari dari Kuala Lumpur yakni seawal 6.35 pagi dan 1.20 petang. Manakala, penerbangan Brunei menuju ke Kuala Lumpur juga sebanyak dua kali sehari bermula dari 930 pagi dan 4.10 petang. Perjalanan Kuala Lumpur ke Brunei memakan masa dua jam setengah. Berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah ( LCCT), anda boleh mendapatkan perkhidmatan layan diri termasuklah sistem check in dan penyimpanan bagasi. Selain itu, anda juga boleh menyemak status penerbangan dan jadual penerbangan secara on- the- go dengan memuat turun aplikasi AirAsia. Anda juga boleh menerima dan mengimbas kod bar mudah alih untuk mendaftar masuk menerusi aplikasi ini. Kala berada di awan biru, perut terasa lapar, kami sempat menjamah Nasi Lemak dan Nasi bersama Ayam Kung Pao. Buat yang sekadar ingin mengudap, makanan ringan dan snek turut disediakan untuk menikmati perjalanan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.