INSPIRASI CINTA 2018

Glam Deko (Malaysia) - - Istimewa -

Gabungan enam majalah berbahasa Melayu dan dijayakan bersama Pavilion KL serta penaja lain membawakan idea dan cita rasa terkini buat mereka yang bakal bergelar pasangan raja dan ratu sehari yang berlangsung selama dua minggu

Buat julung kalinya, pameran pengantin Inspirasi Cinta oleh Blu Inc Media yang dijayakan bersama Pavilion KL telah berlangsung dari 9 sehingga 22 April bersama penaja seperti Tiffany & Co., Jimmy Choo, Rizman Ruzaini , Lynda Rahim dan Urban Decay. Manakala rakan kerjasama terdiri daripada Amber China Academy, Eleanor, Collistar, Fuzana Mokhtaza, Idieana dan The Calla. Inspirasi Cinta adalah projek pertama hasil gabungan enam majalah berbahasa Malaysia di bawah Blu Inc Media iaitu Eh!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, COSMOPOLITAN dan Jelita. Inspirasi Cinta membawakan secara eksklusif pameran 22 gaun perkahwinan p selebriti tempatan dibawakan khas untuk t tatapan umum. Antaranya gaun perkahwinan Izara

Aishah, Datin Nina Ismail mail Sabri, Fazura, Anzalna Nasir, Scha Alyahya, lyahya, Siti Saleha dan ramai lagi, daripada barisan arisan pereka terkemuka seperti Rizalman, Jovian an Mandagie, Rizman Ruzaini, COSRY, Syaiful ful Baharim, Nurita Harith dan beberapa pereka fesyen lain.

Sebagai pengenalan kepada pameran yang bakal berlangsung, g, Blu Inc Media turut menampilkan sebuah mini siri empat episod yang menggandingkan n Miller Khan dan Ain Edruce. Kisah cinta yang ang hadir dalam empat episod ini merupakan hasil karya gabungan enam platform digital majalah berbahasa Malaysia di bawah satu tu bumbung Blu Inc Media iaitu EH!, GLAM, AM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, COSMOPOLITAN OPOLITAN dan Jelita. Penggambaran mini siri ri yang mengambil masa selama tiga hari ini mengambil tempat di New World PJ Hotel yang terletak di Kelana Jaya.

Untuk mini siri drama ma ini, lagu ciptaan Yubi Band berjudul Malam alam Bintangmu serta Jamiel Said bertajuk juk Cincin Di Jari menjadi pilihan untuk menyempurnakan mood mini siri cinta ini. ni. Dalam mini siri ini, Miller diserikan dengan ngan pakaian dari Qie Rahman, Cuffz, Fred Perry dan Hi Style. Manakala, Ain pula digayakan dengan pakaian dari Innai nnai Red, Cos, Mango, Bershka, Zara, , dan H& M. Kedua- dua bintang utama ama ini ditata rias dengan sentuhan jurusolek

terkenal tempatan, Emmy Agung dan diserikan dengan barangan kemas dari Tiffany & Co yang menyempurnakan lagi babak hari bahagia mereka.

Kemuncak Inspirasi Cinta adalah majlis pelancaran penuh gilang- gemilang yang berlangsung pada 10 Oktober menyaksikan ruang Concourse Pavilion dihias indah dan penuh persona, hasil sentuhan Nas Great Idea. Tetamu yang hadir dapat menyaksikan secara eksklusif episod empat sebagai klimaks kisah cinta Miller dan Ain Edruce. Majlis turut dimeriahkan dengan peragaan pakaian pengantin daripada koleksi Linda Rahim dan Rizman Ruzaini. Penutup majlis diserikan dengan kemerduan suara penyanyi Nikki Palikat dan majlis dihoskan oleh Daphne Iking.

Sepanjang berlangsungnya pameran, Inspirasi Cinta membawa pengunjung merasai pengalaman ke jinjang pelamin dengan menyertai bengkel perkahwinan dan demonstrasi eksklusif bersama personaliti terkenal dan pakar industri perkahwinan. Pelbagai tip telah dikongsikan termasuk khidmat nasihat mengenai persiapan sebelum dan selepas hari bersejarah anda.

l urusolek

Antara acara yang berlangsung pada malam perasmian adalah persembahan gimik pelancaran oleh penari balet juga pra pertunjukkan fesyen oleh pereka yang mengambil bahagian yakni Lynda Rahim dan Rizman Ruzaini. Ruang concourse pusat beli belah Pavilion disuntik aura romantis ilham Nas Great Idea. Antara gaun perkahwinan yang dipamerkan adalah milik Muhaini Mahmud, Izara Aishah juga Deborah Henry. Malam kelima diserikan acara persembahan koleksi penuh busana perkahwinan oleh Lynda Rahim KL.

Untuk keselesaan para pengantin, semestinya sepatu Jimmy Choo adalah antara pilihan yang sesuai. Untuk itu mereka turut mengadakan sesi minum petang sambil melihat koleksi khusus untuk bakal pengantin. Sidang editor majalah bahasa Melayu bersama kumpulan jualan juga kumpulan pemasaran dan komunikasi bersepadu disertai CEO, Datin Azliza Ahmad Tajudin merakam memori usai majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.