Kontemporari Petaling Jaya

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Awal tahun ini menyaksikan sebuah hotel baru penuh bergaya, New World Petaling Jaya Hotel, membuka pintu perkhidmatannya untuk para pengunjung dalam dan luar negara. Menyediakan sekitar 300 kamar beradu dalam beberapa variasi berbeza, dekorasinya memberikan rasa damai dan tenang saat melangkah masuk ke sini. Kehadiran pengunjung di sambut dengan arca seni berbentuk Wau yang menghiasi ruang masuknya. Dekorasi yang menggabungkan gaya kontemporari dan identiti lokal boleh dilihat menebal bukan hanya pada ruang umum malahan ia turut dialirkan pada kamar beradu dan ruang suite. Mereka turut menyajikan tiga pilihan restoran berbeza rasa untuk memastikan para pengunjung dapat memenuhi palet rasa berbeza. Pasar Baru menggabungkan arasa dari gabungan tiga bangsa utama Malaysia yakni Melayu, Cina dan India manakal PJ’s Grill & Bar yang terletak di tingkat atas yakni rooftop menggabungkan penyediaan makan gaya grill dalam cita rasa Asian juga barat. Untuk yang mahu bersantai, anda boleh duduk seketika di The Lounge menikmati aneka minuman yang memenuhi cita rasa anda. ia turut menyediakan beberapa ruang berbeza seperti Dewan Majlis Ballroom yang direka tanpa menghadirkan sebarang tiang juga beberapa bilik mesyuarat yang direka dengan memanipulasi pencahayaan semulajadi sambil menikmati pemandangan kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.