HOMEDEC 2018

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

26 April lalu telah menyaksikan lebih 400 pakar, profesional dan pemain industri reka bentuk dan dekorasi domestik ‘ berkampung’ di bawah satu bumbung menjayakan pameran terulung negara, HOMEDEC 2018 yang berlangsung selama empat hari dari 26- 29 April 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC).

Homedec 2018 membawakan konsep Showhome bertemakan ‘ Let’s Get Personal’ yang menyaksikan mock- up unit kediaman berkembar di Zon Klinik Rekabentuk Dalaman hasil sentuhan daripada pereka Innere Design Concept Sdn Bhd dan Histrong Design ( M) Sdn Bhd. Tidak ketinggalan kolaborasi daripada sembilan firma reka bentuk dalaman akan mempamerkan pakej reka bentuk berkonsep ‘ Personalised Design’ untuk pemilik kediaman membuat pilihan mengikut cita rasa dan bajet masingmasing dalam merealisasikan kediaman impian.

Salah satu tambahan menarik dalam edisi HOMEDEC tahun ini, adalah aplikasi HOMEDECshop. Aplikasi beli- belah dalam talian ini menyediakan himpunan trend dan produk reka bentuk keperluan terkini serta titik rujukan bagi pereka dalaman profesional dan dipercayai untuk keperluan pengubahsuaian ruang kediaman anda. Pengunjung yang berjaya memuat turun dan mendaftar di HOMEDECShop App sepanjang pameran berlangsung berpeluang menebus hadiah percuma yang disediakan. Hadiah menarik tajaan daripada Himmel Food Dehydrator oleh Nature Himmel Marketing Sdn Bhd, Slumberland TempSmart Imperial + Merlin Celesta Bed oleh Slumberland, dan telefon Honour 9 liteb tersedia untuk dimenangi.

Layari www. homedec. com. my Untuk maklumat terkini berkaitan HOMEDEC 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.