PITCH KL

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Bagi yang mengalami aviophobia atau takut untuk terbang, Plain in the City Kuala Lumpur ( PITCH KL) adalah peluang terbaik untuk anda merasai naik dan masuk ke dalam perut kapal terbang sambil menikmati makan malam elegan. Kapal terbang jenis Boeing 737 mendarat megah di tengah- tengah Bukit Bintang menjadi lokasi makan malam. Makan malam berkonsepkan fine- dining dengan 3 hingga 4 peringkat menu mengikut kelas penerbangan disediakan istimewa oleh pasukan kulinari Le Meridien Kuala Lumpur. Anda boleh memilih jenis kelas penerbangan Ekonomi ( RM199), kelas Perniagaan ( RM399) atau kelas pertama ( RM999). Setiap sesi makan malam berlangsung dalam suasana eksklusif dengan hanya 20 tetamu. www. planeinthecity. com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.